seismik

Sanggup Ride Motosikal 40KM Nak Suprisekan Anak-Anak, Perilaku Bapa Ini Buat Ramai Terharu

Seronok betul tengok reaction anak-anak dia.

Cover image via @nurulainjidan (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai seorang bapa, kita mesti ingin buat yang terbaik untuk anak-anak kita bukan?

Tidak dinafikan, pergorbanan ibu bapa dalam mencari rezeki dan membesarkan anak-anak bukanlah satu tugas yang mudah.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan gelagat kanak-kanak yang teruja selepas melihat bapa mereka membawa pulang mainan telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nurulainjidan

Jasa & pengorbananmu tidak terhitung... Terima kasih untuk segalanya

Tak Kan Hilang by Budi Doremi - Kopi Rona

Ride motosikal sejauh 40KM dengan menggunakan sebelah tangan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @nurulainjidan di TikToknya, dilihat gelagat comel kanak-kanak yang excited selepas menerima mainan daripada bapanya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah bapanya itu sanggup membawa motosikal sejauh 40 kilometer demi memberikan kejutan kepada anak-anaknya.

Malah, dia hanya membawa motosikal dengan menggunakan sebelah tangan sahaja kerana tangan yang lain sibuk memegang mainan.

"Hilang penat kami sebagai seorang ayah bila tengok anak-anak happy" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 547.3K tontonan, 47K tanda suka dan 1.2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terharu dengan pengorbanan si bapa itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comelnya min tengok, belajar elok-elok ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: