seismik

Warga Asing Selamba Pakai Baju 'Pandu Puteri' Di Tempat Awam Ini Buat Ramai Terhibur

Mana lah dia dapat baju tu.

Cover image via @ceoofjenggo (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketika di bangku persekolahan, para pelajar diwajibkan untuk memilih unit badan beruniform ketika sesi kokurikulum

Tujuan aktiviti itu diwujudkan bagi melatih para pelajar untuk sentiasa berdisiplin dan konsisten dengan kerja yang ditugaskan.

Lain pula yang terjadi pada video ini berkenaan gelagat seorang warga asing lelaki yang memakai pakaian pandu puteri telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba pakai baju Pandu Puteri di tempat awam

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @ceoofjenggo di TikTok, dilihat seorang lelaki warga asing yang memakai pakaian unit beruniform Pandu Puteri di tempat awam.

Ramai yang bersangka baik mungkin warga asing itu tidak tahu yang baju itu ialah baju unit beruniform sekolah.

Ada juga yang berasa kasihan dengan merasakan bahawa baju itu adalah pemberian sedekah atau jualan bundle murah.

"Suruh dia pakai baju tu hari rabu je, hari lain jangan" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 778.9K tontonan, 50K tanda suka dan 3.6K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan pakaian lelaki itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Maybe dia tak tahu tu baju Pandu Puteri, korang ni jahat tau gelakkan dia :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: