seismik

Aktiviti Pelancongan, Sukan & 'Dine-In' Kini Dibenarkan Di Negeri Dalam Fasa 2

Negeri Fasa 2 meliputi Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

Cover image via Sinar Harian & Malay Mail

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya bermula 10 Ogos ini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri Fasa 2 meliputi Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sabah manakala Fasa 3 melibatkan Labuan, Sarawak dan Perlis.

Tambahnya lagi, individu yang ingin melakukan perjalanan rentas daerah perlu menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 kepada petugas di sekatan jalan raya yang menunjukkan mereka telah menerima vaksinasi lengkap.

“Aktiviti makan di kedai atau ‘dine-in’ turut dibenarkan apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk take-away jika situasi mengizinkan. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terbuka,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malay Mail

Dalam pada itu, aktiviti sukan dan pelancongan juga dibenarkan dalam negeri-negeri yang beralih ke Fasa 2

Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) sahaja DIBENARKAN.

Aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

Sementara itu, bagi aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.

Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: