seismik

“Aku Rasa Tak Lama Lagi Aku Akan Mati” - Luahan Arwah Kakak Beberapa Bulan Sebelum ‘Pergi’

Tak sampai tiga bulan sakit, arwah dijemput menghadap Ilahi. Innalillah...

Cover image via Twitter

Ajal maut dan setiap apa yang berlaku di dunia ini terletak di tangan Yang Maha Esa. Dia juga yang menentukan segalanya di muka bumi ini.

Malah, perlulah diingatkan sesama sendiri bahawa ajal adalah pasti dan tidak mengenal usia. Usia muda dan tubuh badan yang kuat bukanlah jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia.

Kadang mungkin kita tidak sedar bahawa 'modal' hari kita semakin berkurangan. Oleh itu, ramai yang tidak menghiraukan urusan mengingati kematian. Ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat percaturan manusia untuk mencari bekalan selepas mati.

Seperti perkongsian yang baru-baru ini ditulis oleh pengguna Twitter @evaaaaa_j di mana dia baru kehilangan kakak tersayang akibat suspek Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Sebelum itu, buat anda yang mungkin tidak tahu apa itu Systemic Lupus Erythematosus (SLE) ini, ia adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Menurut sumber, Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).

Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Hanya kurang dari tiga bulan, keadaan kakaknya semakin kritikal sehingga arwah langsung tidak boleh berdiri dan terpaksa pakai lampin

Malah, bacaan darah arwah kakaknya semakin berkurang.

Dalam masa tiga bulan sahaja, arwah sudah kehilangan 24kg.

Hari ke-13, doktor hubungi pihak keluaga untuk maklumkan keadaan arwah semakin kritikal dan tidak dapat diselamatkan lagi

Mereka sesama adik-beradik mulai imbas kembali mesej-mesej bersama arwah.

Rupanya arwah sudah beri 'hint' tentang kematian sejak bulan November tahun lalu.

Salam Takziah kami ucapkan. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin YRA.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca juga perkongsian lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: