seismik

Alami Masalah Depresi, Wanita Ini Siap Panggil 'Rakan' Halusinasi Masa Tengah Shooting

Semoga sis kuat!

Cover image via @elhaslina_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti anda pernah mendengar mengenai penyakit kemurungan dan depresi bukan? Malah, mungkin anda adalah salah seorang penghidapnya.

Walaupun penyakit ini nampak biasa dari luarannya, tetapi di dalamnya hanya penghidap itu sendiri yang dapat merasai sakitnya. Sebab itu, kita tidak boleh pandang rendah dengan penghidap penyakit ini kerana macam-macam boleh terjadi.

Tular baru-baru ini video seorang wanita bercakap dengan rakan halusinasi ketika di set rakaman rancangan Nona telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rakan halusinasi muncul masa di set rakaman

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang wanita yang dikenali sebagai El sedang melakukan rakaman Nona untuk menceritakan tentang penyakit yang dihadapinya.

Namun tidak lama selepas itu, rakan halusinasinya yang dikenali sebagai Amanda muncul dan mahu duduk bersamanya. Menurut sumber, El mula di diagnosis dengan penyakit Major Depressive Disorder dan Borderline Personality pada hujung tahun 2018.

"Ramai kawan-kawan El yang perasan El banyak termenung, pendiam, pernah attempt untuk commit suicide, banyak menyendiri dan tak aktif macam biasa"

Malah, El memberitahu Amanda mula muncul selepas dia sering terkena histeria akibat gangguan makhluk halus.

"Amanda ni cantik masa mood El baik tapi kalau El depressed muka dia hodoh dan buruk, penuh darah-darah, jijik nila tengok muka dia," katanya.

El kini masih mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Lihat antara video yang dikongsikan sendiri oleh El di laman TikToknya:

@elhaslina_ Reply to @lysanyza143 Sambungan lepas balik dari set shooting je ada. #mentalhealthawareness #hallucination Nucytimes - Nucy 7 Time'S

"She can see what we can't see" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan padangan mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 95.3K likes dan 1,248 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak boleh bayangkan kalau ada dekat tempat dia. Kami doakan awak terus kuat sis!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: