seismik

"Meruntun Jiwa Tengok" - Bawa Anak Ikut Hantar Pesanan, Akak Rider Ini Undang Sebak Ramai

Pengorbanan seorang ibu.

Cover image via @mamayayahumarsoleh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memesan barangan atau makanan secara online kini lebih memudahkan kita

Malah, ia juga dapat menjimatkan masa daripada kita membungkus makanan di luar selain dapat mengelak wabak jangkitan Covid-19. Kebiasaannya, pasti kita akan melihat penghantar makanan adalah kaum lelaki betul tak?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita menjadi rider foodpanda sambil membawa anak telah mengundang perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sebak tengok wanita bawa anak mahu hantar pesanan

Menerusi video dari @mamayayahumarsoleh itu, dia berkongsi situasi menyayat hati ketika dia sedang berada di luar.

Kelihatan dia semasa itu sedang berada di sebuah stesen minyak bersama dengan anaknya. Namun, dia kemudian ternampak seorang wanita yang merupakan rider foodpanda.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah, wanita itu siap membawa anaknya sekali yang diletakkan di badannya sambil melaksanakan tugas. Situasi itu membuatkan pemilik video sebak melihatnya.

"Saya seorang ibu pun sebak, kuatnya dia demi sesuap nasi"- Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka melihat keadaan wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 30K views, 2,498 likes dan 223 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sebak tengok. Semoga segala urusan akak ni dipermudahkan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: