seismik

"Harga Pecah Palo" - Pramugari Guna Dialek Kelantan Jual Barang Ini Curi Perhatian Ramai

Pakat shopping belako.

Cover image via @engkurabia (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya jika kita menaiki pesawat, kita pasti akan mendengar pengumuman tentang keselamatan dan sebagainya kan?

Mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan kadangkala ada juga yang menambah dengan menggunakan bahasa Inggeris jika terdapat pelancong luar di dalam pesawat itu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pramugari menggunakan dialek Kelantan ketika menjual barang di atas pesawat telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@engkurabia

Hargo pecoh palo atah flight kotabharu sakni! Sek kb demo meme supportive! Thank you belako shopping atah kapal sakni

original sound - Engku Rabia

Guna dialek Kelantan masa dalam perjalanan ke Kota Bharu

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang pramugari sedang berada di bahagian depan pesawat untuk menjual barang kepada penumpang mereka.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah seorang daripada dilihat menggunakan dialek Kelantan untuk menjual barangan tersebut.

Difahamkan pesawat itu dalam perjalanan ke Kota Bharu dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk menggunakan dialek negeri itu.

"First time dengar stewardess speaking Kelate" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 614.8K views, 32.8K likes dan 1,020 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pandai akak kita ni berniaga ya. Pakat shopping sokmo :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: