seismik

[VIDEO] "Sangat Membantu" - Berbual Guna Stethoscope, 2 Warga Emas Ini Jadi Tumpuan Ramai

Bagus juga ya.

Cover image via @laysyah.2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya jika kita merasa demam atau sebagainya pasti doktor akan memeriksa menggunakan satu alat yang dipanggil stethoscope

Lazimnya, alat itu digunakan untuk bunyi degupan jantung dan bunyi pernafasan. Ia juga boleh digunakan untuk mendengar bunyi dari usus dan aliran darah.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila dua orang menggunakan stethoscope sebagai alat perbualan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Guna stethoscope untuk berbual sesama sendiri

Menerusi video dari @laysyah.2, kelihatan dua orang warga emas sedang berada di sebuah majlis perkahwinan yang tidak diketahui lokasinya.

Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian adalah mereka dilihat berbual menggunakan alat yang sering diguna oleh doktor iaitu stethoscope untuk berbual.

Difahamkan, mereka adalah adik beradik. Namun, salah seorangnya mengalami masalah pendengaran. Ia juga membantu mereka untuk berbual dan mendengar dengan jelas.

"Terkejut doktor tengok nenek-nenek bual macam ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 873.6K views, 108.8K likes dan 3,010 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bijak ya nek, gunakannya sebagai kemudahan. Senang sikit nak berborak :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: