seismik

Albertine Leo Ditemui Selamat Di Hotel Murah, 3 Orang Suspek Culik Direman Empat Hari

Kanak-kanak perempuan itu ditemui selamat di Batang Kali.

Cover image via Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru ditemui selamat pada Sabtu lalu

Albertine Leo ditemui di lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan yang selamat. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan mengesahkan penemuan itu. 

Untuk rekod, Albertine Leo Jia Hui disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam semasa mengikut ayahnya ke pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor Bahru. 

Image via Berita Harian

Susulan itu, polis Johor menahan 3 individu bagi membantu siasatan kes

Menurut sumber, tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak itu.

Majistret Suhaili Sapun memerintahkan tahanan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga suspek yang berusia antara 28 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari di sekitar kawasan Gelang Patah, Iskandar Puteri.

Dua suspek lelaki tiba di Kompleks Mahkamah Johor Bahru yang berpakaian lokap oren dan ungu pada jam 8.45 pagi diiringi anggota polis dengan tangan bergari.

Seorang lagi suspek wanita tiba 10 minit kemudian dengan pakaian lokap oren dikawal ketat anggota polis wanita.

Kes ini diklasifikasikan daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: