"Aliff Mula Layan Lagu Jiwang" - Bella Akui Mula Syak Ada Yang Tak Kena Dengan Sikap Aliff
Curang lagi rupanya.
Buat kali keduanya, penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz dikatakan telah curang kali ini dengan wanita yang dikenali sebagai Oktovia Menrose
Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh isterinya Bella Astillah di laman Instagram miliknya. Bella juga telah menulis luahan hati itu melalui caption diikuti gambar screenshot bukti yang pernah dihantar oleh pengikutnya di Instagram.
Lihat posting penuh di bawah:
"Dah terang lagi bersuluh..."
Menurut laporan, kes ini merupakan kes kedua yang dilakukan oleh Aliff Aziz terhadap Bella. Jika sebelum ini, kejadian seperti ini telah berlaku dengan wanita yang berbeza.
Bella juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah mula tawar hati dengan sikap Aliff yang tidak pernah berubah walaupun sudah diberikan peluang kedua
Isu ini telah membuatkan Bella berasa tidak senang dan dia juga mengatakan bahawa, "Jika perpisahan menjadi jalan terakhir untuk perkahwinan kami, saya akur dan reda. Saya tak sangka dia akan buat hal lagi. Ingatkan, dia sudah berubah. Kali ini, dengan pelakon juga.
"Saya sudah tidak mampu untuk berselindung. Sebab itu juga saya memilih untuk berkongsi cerita ini di Instagram. Sebelum ini, saya maafkan dirinya dan memberikannya peluang. Namun, nampaknya dia tidak menggunakan peluang itu sebaik mungkin.
"Selepas ini, saya perlu berbincang dengan keluarga kerana apa sahaja keputusan mengenai rumah tangga kami, ia tetap membabitkan banyak hati," tambah Bella.
“Silap saya sendiri sebab terlalu sayang, cinta dan menjaga nama serta keperluannya. Akhirnya, saya juga yang makan hati."
Tempoh usia perkahwinan yang bakal memasuki tahun ketiga dan saling mengenali selama lima tahun ternyata masih belum cukup untuk Bella mengenali siapa Aliff Aziz sebenarnya
Menurut laporan, Bella juga menjelaskan bahawa banyak lagi kisah seumpama ini yang telah dipendam dan tidak dikongsi umum. Malah, peluang yang diberikan terlalu banyak namun Aliff masih bersikap acuh tak acuh.
Pada mulanya, Aliff terbabit sebagai teraju utama telefilem bertajuk Dosa Itu Bukan Miliknya di Perak. Di situ bermulanya 'mainan perasaan' di antara Aliff dan Octovia, walaupun dalam tempoh yang begitu pendek.
Bella mula syak ketika dia melihat perubahan Aliff pada hari terakhir penggambaran, dia mula tidak fokus, emosi tidak stabil dan banyak berdiam diri.
"Aliff mula layan lagu jiwang dan saya mula berasa seperti ada yang tidak kena dengan dirinya..."
Bella juga turut menjelaskan bahawa, “Selepas syak sesuatu berlaku, saya memberikannya pilihan, sama ada untuk memperbaiki hubungan atau keluar rumah. Dia memilih untuk keluar rumah.
"Tak sangka pula, ada pihak yang menunjukkan kebenaran mereka keluar bersama ke kelab malam, awal pagi tadi, di Bukit Bintang."
Isu ini masih belum diberikan sebarang penjelasan oleh Aliff Aziz kerana menurutnya, dia masih belum boleh berfikir tentang hal ini.