"Anak Lebih Semangat Belajar" - Sambil Bantu Suri Rumah, Inisiatif Mommy Happy Ini Dipuji
Sambil menambah ilmu, boleh juga menjana pendapatan dengan cara mudah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Biarpun masih baru di pasaran, Syarikat Mommy Happy Group Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Mommy Happy kini menjadi pilihan ramai ibu bapa dan guru untuk mendapatkan pelbagai produk pendidikan khususnya bagi anak berusia dua hingga lapan tahun
Terdapat banyak pilihan produk yang ada dalam rangkaian produk mereka seperti buku pembelajaran, permainan, kad imbasan, buku rujukan ibu bapa dan guru dan pelbagai alat bantu mengajar.
Malah tak kurang juga yang menjana pendapatan dengan menjadi usahawan produk berkenaan.
Pengasas syarikat itu, Siti Sarah Mohd Fauzi, 35, juga cukup optimis dengan sambutan yang diterima.
"Produk kami membantu anak anak untuk belajar membaca, mengira, menulis dan mengaji. Malah turut disertakan kod QR di setiap halaman buku contohnya untuk membuka akses kepada video panduan. Ia turut membantu anak anak untuk membuat ulang kaji," katanya.
Bantu golongan wanita terutamanya suri rumah untuk menjana pendapatan dan hanya berniaga dari rumah
Siti Sarah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan berkata, syarikatnya sudah terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan. Khususnya golongan wanita yang hanya berniaga dari rumah.
"Di era pandemik Covid-19 ini ramai yang bergelut untuk meneruskan survival hidup. Lalu kami mahu mengajak lebih ramai suri rumah dan sesiapa sahaja untuk bergelar Usahawan Mommy Happy. Sambil menambah ilmu, boleh menjana pendapatan dengan cara mudah."
"Tanpa perlu modal tinggi dan berbekalkan semangat yang jitu, rajin dan komited menjual produk dan kerap mengemaskini promosi di media sosial, ejen boleh menarik ramai pembeli. Yuran kini dikenakan dengan harga puluhan ringgit sahaja."
"Tag line atau asas kami sendiri mahu memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada kepada golongan ibu atau suri rumah dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Sekali gus, boleh menjadi Usahawan Mommy Happy yang berjaya," ujarnya.
Ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis
Tambah Siti Sarah lagi, usahawan mereka juga turut dibekalkan dengan ilmu dan tips menerusi kelas yang dilakukan secara konsisten setiap bulan.
"Tidak hanya kelas perniagaan untuk usahawan, anak mereka juga ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis."
"Mereka juga tak perlu menyimpan stok produk di rumah kerana kerja pengeposan dan pembungkusan dilakukan pihak kami."
"Mereka hanya perlu menempah produk diingini menerusi sistem laman sesawang yang disediakan. Bukan hanya pendapatan diraih, usahawan juga layak mendapat bonus dan pelbagai ganjaran," katanya.
Dalam pada itu, Program Cabaran 100 Hari Anakku Bijak bersama Mommy Happy dianjurkan terbuka kepada semua ibu bapa dan guru dengan menawarkan ganjaran menarik.
Kehadiran produk ini juga turut bertepatan dengan norma baharu di era pandemik ini saat pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian turut dipraktikkan.
Rangkaian produk dijual pada harga yang berpatutan bermula daripada harga serendah RM10 hingga kepada RM150.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh saja layari laman web http://mommyhappygroup.com!