Anak Murid Mark Adam Tekad Sahut Cabaran Cuba Uji Bakat Di Calpis Soda One In A Million
"Mark Adam suruh saya datang cuba.." - Ahmad Faisal Mansor.
Seorang ayah yang pernah terselamat daripada serangan jantung sebanyak dua kali, turut hadir ke sesi uji bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya hari ini selepas melihat hantaran TV3 di TikTok
Ahmad Faisal Mansor mendedahkan dirinya sebagai pelajar kelas vokal Mark Adam, beliau hadir ke uji bakat hari ini kerana minat yang mendalam terhadap nyanyian, hasil dorongan gurunya sendiri.
"Saya memang dah lama minat menyanyi, sekadar suka-suka, dan baru-baru ini mula menyertai kelas vokal. Guru vokal saya galakkan saya mencuba. Dia kata, cuba saja, mana tahu ada rezeki," kongsinya.
Beliau mengakui ini adalah kali pertama menyertai uji bakat pertandingan nyanyian, namun bersemangat untuk terus mencuba peluang di masa hadapan.
"Ini kali pertama saya sertai uji bakat sebesar ini, dan saya mahu melihat sejauh mana saya boleh pergi dalam bidang nyanyian serta memahami lebih mendalam tentang bakat yang saya miliki," katanya dengan semangat.
Didiagnosis menghidap penyakit jantung pada usia 39 tahun dan telah mengalami dua kali serangan jantung
Kini, beliau masih bergantung pada ubat serta menjalani pemeriksaan perubatan setiap enam bulan.
Beliau turut berkongsi bahawa perjalanan karier nyanyiannya adalah on-off akibat komitmen kerja dalam bidang keselamatan siber, selepas pertama kali memasuki industri hiburan sebaik tamat persekolahan.
"Selepas saya mula bekerja, saya berhenti menyanyi sehinggalah saya stabil dalam kerjaya. Baru selepas itu, saya kembali aktif dalam muzik pada penghujung usia 30-an," kongsinya.
Sebagai seorang pemuzik yang menulis lagunya sendiri, Faisal berharap platform Calpis Soda OIAM ini dapat menjadi saluran untuk menyampaikan mesej lagunya kepada semua orang dan memperkenalkan karyanya dengan lebih luas.
Jadi bagi anda yang berbakat di luar sana, jangan lepaskan peluang ini dan hadir ke uji bakat Calpis Soda One In A Million!
Masih tidak terlambat bagi orang-orang di Kuala Lumpur! Cepat-cepat hadir ke lokasi yang ketiga di AEON Hall Aras 4, AEON Mall Shah Alam dan Blok D, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya pada 16 & 17 November 2024 (Sabtu & Ahad), dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!