seismik

Panduan Ketika Berselfie: Jangan 'Pose' Di Landasan Keretapi Dan 7 Larangan Lain

Panduan dari Rusia ini diolah semula dengan gambar selfie Nora Danish supaya ia lebih mudah diingati.

Cover image via SAYS

Tahukah anda, kegilaan berselfie di negara Rusia sangat teruk sehingga berlaku kemalangan dan kematian kerana ramai belia Rusia suka berselfie di kawasan merbahaya?

Pihak polis Rusia memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 100 orang penduduk Rusia cedera ketika mengambil gambar selfie. Seorang wanita pula maut ketika cuba berselfie sebelum terjatuh dari jambatan di Moscow.

ephotozine.com
Image via thestar.com

Dalam gambar yang diambil pada tahun 2014 ini, seorang pekerja kelihatan sedang mengambil gambar selfie ketiga ditugaskan untuk mencabut bendera negara Ukraine dari mercu tanda era Stalin di Moscow, Rusia.

thestar.com

Kemalangan-kemalangan ini telah menyebabkan kerajaan Rusia membuat kempen berselfie dengan selamat. Diagram panduan berselfie juga telah dikeluarkan.

Image via ephotozine.com

Antara selfie yang dilarang adalah selfie ketika di landasan keretapi, di atas atap kediaman, berselfie bersama senjata, selfie di kawasan berdekatan pencawang elektrik dan ketika berada di kawasan tinggi. Jika diperhatikan, kesemua larangan ini adalah perkara asas atau common sense tapi masih harus ditekankan kepada rakyat Rusia.

Sekiranya kempen ini dijalankan di Malaysia, pasti ramai yang akan mengatakan bahawa diagram tersebut membosankan dan kempen tersebut tidak memberi kesan kepada masyarakat

Image via punyasaya.co

Jadi kami cuba bereksperimentasi dengan panduan yang baru dengan menggunakan Nora Danish sebagai modelnya.

Antara panduan berselfie dengan selamat yang patut kamu patuhi ialah:

1. Jangan berselfie di kawasan tinggi

Image via SAYS

2. Jangan berselfie di tengah-tengah jalan raya

Image via SAYS

3. Jangan berselfie di kawasan landasan keretapi seperti KTM, LRT, Monorail dan ERL

Image via SAYS

4. Jangan berselfie ketika berada di kawasan cerun

Image via SAYS

5. Jangan berselfie ketika menaiki bot atau sampan

Image via SAYS

6. Jangan berselfie berhampiran kawasan pencawang elektrik

Image via SAYS

BONUS: Jangan berselfie ketika bergraduasi

Image via blogspot.com

Graduan jurusan Fotografi dari UiTM Lendu, Melaka, Hasrul Haris Mohd Radzi yang berumur 21 tahun menerima kritikan ramai apabila tindakannya mengambil gambar ‘selfie’ bersama Pro Canselor UiTM Tan Sri Dr Arshad Ayub selepas menerima skrol ketika Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 berlangsung menjadi viral di laman sosial.

Jadi, berselfie ketika bergraduasi adalah "merbahaya" kepada masa depan dan akaun laman sosial kamu.

ohmedia.my

Dan sempena hari raya yang bakal tiba ini, please, jangan berselfie di kawasan perkuburan

Image via wanista.com

Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyelar tindakan segelintir umat Islam yang bergambar atau lebih popular dengan gelaran ‘selfie’ di tanah perkuburan sempena sambutan Aidilfitri. Katanya, perbuatan sedemikian tidak sewajarnya dilakukan dan boleh dikategorikan haram jika ia dilakukan dengan niat untuk berseronok.

wanista.com

Berselfie tak salah, cuma biarlah kena dengan tempat dan masanya. Dan yang penting, utamakan keselamatan.

Dah sedia untuk berselfie raya? Kalau belum, cuba dengar lagu ini sebagai inspirasi:

You may be interested in: