Apa Itu Hari Tasyrik & Kenapa Kita Tidak Dibenarkan Berpuasa Pada Hari Tersebut?
Harap ini dapat beri penjelasan buat kita semua.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Apa itu hari Tasyrik?
Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam adalah merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (iaitu jatuh pada hari ke-10) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah mengikut kalendar Islam Hijrah.
Pada hari-hari tersebut, umat Islam yang sedang melakukan ibadah Haji akan menyempurnakan amalan-amalan seperti melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah.
Untuk pengetahuan bersama, Ibadah melontar jamrah ini dilaksanakan bersempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. yang melontarkan anak batu kepada syaitan apabila ia menjelma bagi mengganggu konsentrasi kedua-dua Nabi besar itu untuk melakukan ibadah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.
Kenapa tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik?
Pasti ada yang tertanya-tanya mengapa sebenarnya kita tidak boleh berpuasa pada hari Tasrik ini?
Hal ini kerana pada hari-hari Tasyrik, umat Islam sama sekali diharamkan untuk melakukan ibadat puasa, ini kerana Hari Tasyrik juga membawa maksud "Hari Makan Minum".
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Nubaisyah al-Hudzali RA katanya: "Rasulullah SAW bersabda: "Hari-hari Tasyrik (10,11,12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari-hari makan minum." (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Oleh itu, Rasulullah SAW telah menyeru kepada penduduk Mekah bahawa hari itu merupakan hari untuk kita makan, minum dan memperbanyakkan zikir. Jangan sesekali puasa pada hari tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!