seismik

Bakal Suami Batal Majlis Kahwin Secara Mengejut, Wanita Ini Akur 'Photoshoot' Seorang Diri

Dia terpaksa tebal muka menelefon semua vendor untuk membatalkannya.

Cover image via Lightviewsg (Facebook)

Memasuki alam perkahwinan merupakan fasa yang sangat dimpikan oleh setiap pasangan

Namun, jika takdir sudah tertulis bahawa dia bukan jodoh kita maka kita harus tabah dengan ujian itu.

Sama seperti kisah seorang yang berlaku kepada seorang wanita baru-baru ini kerana tidak jadi berkahwin disebabkan bakal suaminya membatalkan majlis perkahwinan tiga minggu sebelum berlangsung.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fox News

Bakal suami tiba-tiba mahu batal majlis kahwin tanpa sebab yang munasabah

Menurut sumber, wanita itu bertunang pada bulan Ogos yang lalu telah membuat pelbagai persiapan perkahwinan menjelang hari bahagia.

Tetapi, secara tiba-tiba bakal suaminya itu membatalkan pernikahan mereka 3 minggu sebelum majlis yang akan berlangsung pada Oktober lalu.

Dia juga mengakui terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh bakal suaminya itu kerana mereka tetap bersama walaupun susah dan senang.

Namun, menjelang tarikh pernikahan, mereka dikatakan berdepan beberapa konflik sebelum langsung tidak mendengar khabar daripada lelaki berkenaan.

Lihat video penuh ini:

Memilih photoshoot seorang diri walaupun kecewa dengan kejadian yang berlaku

Walaupun pernikahan mereka dibatalkan tanpa sebarang penjelasan, wanita itu tetap kuat dengan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan di sisi.

Shasha turut memilih untuk mengadakan photoshoot seorang diri dilengkapi dengan busana pengantin, solekan dan cincin.

Selain itu, dia juga terpaksa menebalkan muka untuk menelefon semua vendor majlis perkahwinan kerana perlu dibatalkan.

Sementara itu, warganet turut memberi kata-kata semangat buat wanita tersebut dan bersabar dengan ujian yang menimpanya

Ada hikmah dengan apa yang berlaku, semoga Shasha terus kuat dan tabah :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: