seismik

Bangga Dapat Anugerah Dekan, Pemuda Ini Sempoi Pakai Selempang Pink Di Stesen Minyak

Makwe dia punya selempang, dia yang pakai ya!

Cover image via @aliashokeri (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila tibanya majlis konvokesyen, para graduan teruja untuk naik ke atas pentas dan mengambil skrol tanda tamatnya pengajian mereka

Malah, bagi pelajar cemerlang pula, mereka akan memakai selempang berwarna merah jambu sebagai tanda mereka memperoleh anugerah naib cancelor pada setiap semester.

Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila gelagat seorang pemuda memakai selempang pink milik teman wanitanya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@aliashokeri

Confident beli dekat Shoppe. Selempang aku pun dia buat gi isi minyak, beli air #fyp

Funny - Gold-Tiger

Konfiden masuk kedai dalam stesen minyak sambil pakai selempang 'pink'

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aliashokeri, kelihatan pemuda itu sedang berada di sebuah stesen minyak.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat memakai selempang pink milik teman wanitanya yang baru saja habis majlis konvokesyen di universitinya. Malah, dia siap membuat muka bangga sambil berjalan menuju ke arah kereta.

"Confident beli dekat Shopee. Selempang aku pun dia buat pergi isi minyak, beli air," katanya.

"Yang ni aku setuju. Penat kot belajar sungguh-sungguh so harus la show off sekejap pun jadilah" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 165K views, 14.7K likes dan 1K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pemuda tersebut yang selamba dan sempoi berjalan memakai selempang pink itu di stesen minyak.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bila lagi nak show off kan? Betul lah apa dia buat tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: