seismik

Video Pemuda Ini Tular, Kongsi Tips Untuk Lelaki Yang Sayang Nak Potong Rambut Masa Konvo

Ada yang pernah guna taktik sama ke?

Cover image via @TikTokBerguna (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ramai orang lelaki zaman sekarang suka menyimpan rambut panjang berbanding pendek

Walaupun berambut panjang, mereka pandai menjaga dan kadangkala rambut mereka lebih rapi dan cantik berbanding rambut wanita tau.

Tetapi, mungkin ada masanya mereka perlu memotong rambut di atas sebab dan situasi tertentu, seperti contoh jika perlu ke majlis konvokesyen.

Namun, baru-baru ini tular pula sebuah video seorang pemuda memberikan tips bagaimana ingin ke konvokesyen tanpa memotong rambut telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kongsi tips pakai wig masa konvo

Menerusi perkongsia video daripada @TikTokBerguna, kelihatan pemuda itu memakai lengkap jubah konvo bersama rambutnya yang sangat kemas.

Tetapi, apa yang menjadi tumpuan adalah rupa-rupanya dia memakai rambut palsu pendek dan menyimpan rambut panjangnya di dalam wig tersebut.

Malah, dia dilihat sempat membuka wig itu selepas selesai majlis konvonya dan mengibas rambut panjangnya itu.

"Nice idea, mesti dia beli dekat TikTok ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 578K views, 1.4K likes dan 570 retweets di Twitter.

Rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai tips yang dikongsi oleh pemuda tersebut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kalau tak kena apa-apa tindakan daripada pihak universiti tak apalah kan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: