seismik

Bapa Bawa Bekal Untuk Anak Di Tempat Kerja, Ramai Beri Respon Sebak Teringat Jasa Parents

Jauh tu hantar bekal.

Cover image via @monstermasa96 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Walaupun sudah meningkat dewasa, kasih sayang daripada ibu bapa takkan pernah luntur ditunjukkan untuk anak

Perkara ini dapat dilihat menerusi sebuah video yang tular di TikTok memaparkan seorang bapa sanggup menghantar bekal makanan untuk anak lelakinya di tempat kerja.

Lelaki tersebut berkongsi bagaimana bapanya sanggup datang dengan motosikal ke tempat kerjanya walaupun jarak dari rumah adalah 30 minit.

Perkara itu membuatkan dirinya terharu terhadap tindakan bapanya itu yang masih lagi menunjukkan kasih sayang yang kuat walaupun anaknya sudah meningkat dewasa.

"Kepada yang dapat peluang membawa bekal yang telah disiapkan oleh seseorang untuk kita, janganlah malu. Bawak je tau" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 860K views, 67.9K likes dan 1.6K comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-rata reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan memberi respon sebak teringat akan ibu bapa yang telah pergi dan banyak berjasa kepada mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

@monstermasa96 syurga buat mu ayah , bila kata nak makan luar, auto ibu cakap dah tak nak makan makanan ibu ke?? #fyp #goodtimes #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia #TikTokAwardsMY #randomvideo جنام جنام - Julaikho Suara

Hargailah ibu bapa sebaiknya selagi mereka masih ada ya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: