seismik

MONSTA Umum Filem Baharu ‘PAPA MOVIE: Game On’ Khas Buat Peminat Tegar Papa Zola

Wah, tak sabarnya!

Cover image via Nizam Abd Razak

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pencipta animasi Boboiboy, Nizam Abd Razak umum filem baharu keluaran Animonsta Studios (MONSTA) bakal temui peminat di pawagam

Menerusi pengumuman yang dikongsinya di Facebook, Nizam telah memberitahu filem PAPA MOVIE: Game On bakal menemui peminat sekitar penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

"Alhamdulillah, pagi tadi kami baru sahaja selepas sesi script reading PAPA MOVIE: Game On bersama barisan pelakon suara, pengarah dan tunjang-tunjang utama Papa Pipi.

"Produksi PAPA MOVIE: Game On sudah pun berjalan dan dijangka menemui anda di pawagam sekitar hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.

"Movie kali ini ada aksi tetapi lebih cenderung kepada komedi dan famili! Selepas movie, Siri Papa Pipi pula akan menyusuli! MONSTA akan terus komited membangunkan Papa Pipi," tulisnya.

Siri animasi Papa Pipi buat julung-julung kalinya berjaya melepasi 1 bilion tontonan di platform digital

Menurut Nizam, perancangan awal adalah untuk meletakkan karakter Papa Pipi hanya di platform digital tetapi disebabkan sambutan yang begitu hebat, pihak produksi merancang membuat langkah berani untuk ke peringkat seterusnya.

"Namun, sambutan Papa Pipi melangkaui jangkaan kami. Rupanya ramai juga peminat Papa Zola, terutama dari kalangan yang berfamili. Makin menjadi-jadi pula selepas kehadiran Pipi.

"Dari watak tepi-tepi, kini Papa Pipi sudah melepasi 1 bilion tontonan di ruangan digital. meme Papa Pipi juga sering dikongsi. Channel Papa Pipi juga baru menerima gold button dari YouTube selepas melepasi 1 juta subscribers!

"Ini membuktikan Papa Pipi mempunyai pasaran yang tersendiri. Dengan kata kunci 'FAMILI' kami mula merancang untuk Papa Pipi melangkah dengan lebih berani," tulisnya di Facebook.

Fuh, bakal jadi filem wajib tengok seisi keluarga ni!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: