seismik

Baru Live Bersama Malam Tadi, Datuk Red & Adira Kini Sah Cerai Talak Satu

Yang penting hubungan masih baik-baik saja walaupun sudah tidak sebumbung.

Cover image via Malaysia Post

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hubungan Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red akhirnya terlerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor

Menurut laporan Harian Metro, lafaz cerai itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar sekitar pukul 9.45 sekali gus mengesahkan lafaz itu adalah mengikut hukum syarak.

Difahamkan, Adira telah memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu berikutan tiada persefahaman antara mereka berdua. Sebelum ini, Adira juga pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menarik semula demi anak-anak.

Sepatutnya, hari ini berlangsung pelantikan hakam bagi kedua-dua belah pihak, namun Datuk Red bersetuju untuk melafazkan cerai.

Dalam masa yang sama, Adira bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

Image via Malaysia Post
Image via Malaysia Post

Terdahulu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Perkahwinan Adnan dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafil turut berdepan ujian apabila isteri pertamanya itu memfailkan permohonan saman.

Perkongsian hidup bersama Datin Red, mereka mempunyai lima anak. Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berpisah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu, dia dikurniakan dua anak dan secara keseluruhan mempunyai 11 anak menerusi tiga perkahwinan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: