seismik

Wakil Dari Malaysia, 4 Atlet Berbasikal Ini Layak Ke Olimpik Paris 2024. Semoga Berjaya!

Tahniah semua!

Cover image via NST , Harian Metro , The Star , Malay Mail

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung tidak lama lagi iaitu bermula dari 23 Julai hingga 11 Ogos 2024

Image via eCentral

Empat pelumba basikal trek negara iaitu Azizulhasni Awang, Shah Firdaus Sahrom, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Aisyah Zubir secara rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 itu.

Menurut laporan FMT Malaysia, Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Amarjit Singh Gill berkata perkara itu disahkan selepas Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengeluarkan kuota berbasikal trek bagi setiap Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC).

Azizulhasni Awang

Image via NST

Shah Firdaus Sahrom

Image via Harian Metro

Nurul Izzah Izzati Mohd Asri

Image via The Star

Nur Aisyah Zubir

Image via Malay Mail

"Kami sangat gembira dengan komposisi pasukan trek di Paris bersama Datuk Azizul dan Shah Firdaus dalam acara keirin dan pecut, dan Nurul Izzah membuat penampilan sulungnya dalam kedua-dua acara keirin dan pecut serta acara sukan terbesar di dunia.

"Pasukan trek mempunyai perancangan terperinci yang telah ditetapkan untuk tiga bulan akan datang menjelang temasya itu, dengan latihan di Velodrom Nasional di Nilai dan selepas itu ke Eropah untuk tempoh yang singkat sebelum menyertai acara trek di Paris, yang akan diadakan dari 6 Ogos hingga 11 Ogos," katanya.

Hebat-hebat wakil dari Malaysia ini. Semoga semua dapat buat yang terbaik demi negara tercinta <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: