Baru Umur 2 Bulan, Reaksi Baby Menangis Sebab Kakak Pause Lagu BLACKPINK Curi Perhatian
Alahai dik, minat Blackpink rupanya ya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti semua orang di sini mempunyai artis kegemaran masing-masing betul tak?
Ada yang sangat menyukainya artis mereka sehingga hafal kesemua lagu mereka. Ada juga yang sanggup berhabis duit untuk melihat artis kegemaran mereka itu.
Namun, lain pula dengan situasi ini apabila sebuah video menunjukkan reaksi seorang bayi melihat lagu Blackpink telah mencuri perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menangis sebab si kakak pause video Blackpink
Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu sempat merakam gelagat anaknya semasa sedang menonton sebuah muzik video.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila bayi itu tiba-tiba menangis sebaik saja kakaknya pause muzik video lagu itu.
Tetapi, sebaik saja lagu itu dimainkan semula, si kecil itu berhenti menangis dan melihatnya seperti biasa.
"Awal eh adik ni jadi Blink, hahaha" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap bayi itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 91.5K views, 15.7K likes dan 345 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: