seismik

"Tak Jadi Marah" - Ibu Tanya Anak Siapa Yang Cipta Rumah, Jawapannya Pula Menghiburkan

Rare betul jawapan adik ni.

Cover image via @sitinorhidayah702 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Banyak gelagat dan telatah budak kecil kita boleh lihat ibu bapa berkongsi di media sosial

Ia sememangnya menghiburkan hati kita. Rasa terhibur saja melihat perangai mereka ini betul tak?

Sama seperti video ini apabila seorang ibu berkongsi gelagat anaknya yang memberikan jawapan lucu ketika ditanya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sitinorhidayah702 Nak marah pon x jadi.. semoga jadi ank yg pndai ye nak.. #5tahunsekpasti #fyp bunyi asal - Siti Norhidayah Kadir

Tak sangka jawapan anak lain daripada yang lain

Menerusi video tersebut, kelihatan si ibu sedang belajar bersama dengan anak lelakinya di dalam sebuah buku.

Namun, si ibu kemudian bertanya siapakah yang menciptakan rumah. Si anak kemudian menjawab "makhluk asing".

Situasi itu membuatkan wanita itu terpaksa menahan gelak dan membetulkan kembali jawapan lucu anaknya itu.

"Dia fikir di luar kotak, hebat kau dik" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur mendengar jawapan budak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 432.3K views, 32.7K likes dan 919 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduhai dik, makhluk asing pun boleh ya! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: