seismik

[VIDEO] Nasib Baik Si Ibu Perasan, Anak Sempat 'Membuang' Dalam Seluar Sebelum Masuk Kolam

Aduhai dik, nasib baik ya!

Cover image via @rp_ayra (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi ibu bapa, mempunyai anak kecil merupakan satu cabaran yang besar buat mereka

Iyalah, macam-macam perkara yang perlu mereka hadapi demi melayan kerenah si anak. Kesabaran yang tinggi juga perlu ada. Namun, mereka inilah yang menjadi penghibur hati buat ibu bapa.

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang ibu berkongsi perangai si anak yang sempat 'membuang' sebelum bermandi-manda telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rp_ayra Nasibla belum masuk dlm air... #kids #fyp original sound - James Smith

Tak tahan sampai membuang dalam pakaian mandi

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi perangai si anak semasa dia sedang berada di salah sebuah taman tema air.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah si ibu terkejut melihat 'benda' di dalam pakaian anak dan sempat merakam detik itu.

Kelihatan anaknya tidak tahan untuk membuang sehingga menyebabkan dia terpaksa melepaskannya di dalam pakaian itu. Mujur saja si ibu menyedarinya sebelum sempat anaknya masuk ke dalam kolam tersebut.

"Nasib nampak, kalau tak air mesti bertukar warna" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memahami apa yang sedang berlaku dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M views, 47.4K likes dan 2,216 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Sekali tengok pun dah boleh faham, nasib baik mak perasan ya dik :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: