seismik

"Macam Datin" - Gaya Budak Perempuan Balik Sekolah Sampai Hilang Tudung Ini Jadi Perhatian

Alahai, dik memang gaya macam datin ni.

Cover image via @mrsmommy94 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, sesi persekolahan baru saja bermula, disebabkan itu bermacam-macam ragam kita boleh lihat

Lebih-lebih lagi dalam media sosial. Ramai ibu bapa yang berkongsi gelagat anak masing-masing. 

Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang wanita berkongsi gelagat anak perempuan yang baru habis sesi persekolahan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mrsmommy94

Kejadian lepas balik school Smpai ke telinga ha keluar tudung

original sound - N.A.S.

Ibu geli hati tengok anak pulang sekolah, 'hilang' pula tudung

Menerusi video tersebut, ia memaparkan situasi semasa semua murid sedang balik dari sesi persekolahan.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah si ibu sempat merakam gaya anaknya yang baru pulang dari sekolah. Kelihatan tudung sekolahnya itu berada dibelakang sampai ke telinga.

Situasi itu membuatkan si ibu geli hati melihat perangai anak perempuannya itu kerana tidak sangka akan jadi sebegitu.

"Pergi school as student balik school as mak datin" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 511.1K views, 38.2K likes dan 846 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sekali keluar balik sekolah terus jadi mak datin ya dik :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: