seismik

[VIDEO] "Mak Cik Kantin" - Tudung Tak Relaks, Gelagat Budak Perempuan Ini Tarik Perhatian

Macam baru lepas bergaduh pun ada.

Cover image via @tykaaeshaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sesi persekolahan baru saja bermula, bermacam-macam perangai dan gelagat mereka kita boleh lihat di media sosial

Tambahan lagi jika anak kita sendiri yang pertama kali pergi ke sekolah. Boleh pening kepala dibuatnya betul tak?

Sama seperti video ini apabila gelagat seorang budak perempuan baru balik dari sekolah telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pergi sekolah kemas, balik tudung dah jadi macam mak cik kantin

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi gelagat anaknya yang baru saja pulang dari sekolah.

Kelihatan tudung budak itu habis berserabut dan kotor sebaik saja pulang dari sekolah. Situasi itu membuatkan si ibu terhibur melihat anaknya itu.

"Dik, baru balik merewang ke" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat budak itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 215.4K likes dan 4,778 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terhibur betul tengok gelagat budak-budak sekolah ni kan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: