seismik

"Beli Ikut Kemampuan, Ikut Cara Orang Cina" Wanita Ini Ulas Kes Stapler dUCk RM80. Sentap!

Baca dan hadam. :)

Cover image via Jasmina Mokhtar/Facebook

Rata-rata masyarakat sudah mengetahui kes hangat yang diperbualkan oleh netizen mengenai Vivy Yusof pada ketika ini

Vivy Yusof.

Image via Medium

Vivy sekali lagi menjadi 'sasaran' warganet apabila dia dikatakan telah mempersoalkan bantuan yang diberikan kepada golongan Below 40 (B40) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat ini, sejumlah RM250 bilion akan diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia dan tiada siapa akan tercicir. Malah, TSMY memahami situasi semasa sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada sumber pendapatan orang ramai dan beliau bersetuju untuk memberikan pemberian tunai secara one-off.

Alhamdulillah, terima kasih pihak kepada kerajaan yang bertungkus-lumus memastikan rakyat mendapat bantuan sewajarnya.

Namun begitu, kemarahan warganet tercetus apabila Vivy Yusof kononnya telah mempertikaikan tentang bantuan yang bakal diberikan buat golongan B40

Isu ini kian hangat dibualkan oleh warganet sehinggakan syarikat miliknya iaitu Fashion Valet serta The Duck Group turut mendapat 'tempias' oleh kerana menjual stapler jenama dUCk yang berharga RM80.

Image via Twitter
Image via Twitter

Isu hangat ini mendapat perhatian seorang pengguna Facebook, Jasmina Mokhtar dan dia turut menyuarakannya di dalam satu perkongsian yang ditulis olehnya

Perkongsian tersebut telah ditulis olehnya bertujuan bagi memberikan kesedaran buat orang ramai untuk sentiasa mengetahui akan kemampuan diri sendiri. Jika tidak mampu, tidak perlu beli. Mudah sahaja.

Untuk perkongsian penuh, boleh baca di bawah:

Dia pernah menjadi salah seorang peminat tegar Vivy, namun mula kecewa apabila Vivy menjual tudung berharga RM600 hingga RM800 sehelai

Image via The Rakyat Post

I was Vivy's fan. Followed her blog since she was a student. She is from a rich family, no doubt. How many students could afford so many designer bags in a year. Then when she started her FV business, I was like wow...this young gal is so good.

But I was disappointed when she started to sell RM600 - RM800 scarf. More disappointed to witness those in M40 and B40 buying those products. Then she introduced a Duck Stapler = RM75...and the same group of people buying. In short orang Melayu. I personally feel price should not be exorbitant and should be fair. Still its willing buyer and seller. Oh well rezeki masing2.

Most of my tudung cost less than RM30. Good quality and serve the purpose. I do like Neelofa tudung. Price still reasonable and I like the fact that her business model help support the B40 i.e. making side income.

"Belajarlah dari masyarakat Cina, beli ikut kemampuan, pentingkan pendidikan..."

My msg to orang Melayu esp the M40 and B40, belajarlah dari masyarakat Cina. Beli ikut kemampuan, pentingkan pendidikan dan ajar anak2 utk survive.

Bukan acah2 berangan nak jadi Vivy. Dia sah2 anak orang kaya. Dari student travel business class and sempat singgah kedai Dior nak beli handbag sampai airlines kena panggil. Masih ingat blog entry tu...sbb saya pelik kenapa Mak saya isteri CEO berpuluh2 tahun tak pernah perangai mcm tu. (masa tu fikir kalau Mak saya macam tu, boleh follow sbb only girl kan).

Menurutnya lagi, buat mereka yang bergaji tetap perlulah 'support' peniaga kecil yang jujur dalam perniagaan

But my father dulu always encourage me to buy from small traders and reminded me not to ask discount if price is reasonable. But if I want anything with designer label, my Dad would consult my Mom. 

Answer always No. 

Once or twice my father ada lah beli and told me not to tell Mak. Masa teenager rasa tak puas hati lah kan esp with my Mom. but now dah tua sikit dah faham.

Biarlah artist dalam kehidupan acah2 Tom Cruise, David And Victoria Beckam. Kita yang bergaji tetap kena support peniaga2 kecil yang jujur dalam perniagaan bagi mendapat rezeki yang halal.

Ada betulnya juga apa yang diperkatakan oleh wanita ini. Moga-moga boleh membuka mata masyarakat di luar sana.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Harga tudung RM800 pun boleh 'sold out' dalam masa 5 minit. Power korang semua ni!

Namun begitu, jangan dilupakan jasa baik yang dilakukan oleh insan ini ya.

You may be interested in: