seismik

Sehelai RM800, Tudung Kristal Swarovski keluaran dUCk 'Sold Out' Dalam Masa 5 Minit!

Hebat sungguh kuasa membeli wanita.

Cover image via SAYS via @theduckgroup

Industri perniagaan pakaian Muslimah kini semakin meletup dan menjadi-jadi di Malaysia, sampai ada yang berebut, bergaduh nak beli tudung

April lalu, kita dapat lihat sendiri macam mana orang ramai berebut-rebut nak beli tudung keluaran terbaru dari satu jenama popular. Wanita bertudung yang terdiri daripada golongan muda mahupun tua sanggup berpusu-pusu semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menjadi antara pelanggan pertama yang memiliki tudung tersebut.

Bukan wanita bertudung sahaja, yang freehair pun turut sama terlibat. Eh, lelaki pun ada yang beratur juga! Senang kata, semua orang pun naik 'gila' dengan koleksi terbaru tudung jenama berkenaan.

Jom kita throwback semula detik 'panas' itu di bawah:

Baiklah, cukup di situ saja bab bergaduh nak beli tudung. Hari ini, ada satu lagi topik trending di Twitter mengenai tudung yang sedang hangat diperkata oleh orang ramai sejak petang tadi.

Topik apa?

'dUCk'.

Image via Twitter

Berada di tangga ke-5 dalam 'Malaysia Trends' ketika artikel ini ditulis, jenama tudung dUCk yang sangat popular di kalangan penduduk urban masa kini ternyata berjaya mencuri perhatian netizen di Twitterjaya.

Orang ramai menyifatkan dUCk, yang diasaskan oleh ikon fesyen berpengaruh, Vivy Yusof ini sebagai salah satu jenama tudung 'premium' yang lain dari yang lain. Menerusi komen, jelas sekali kaum wanita amat menggemari jenama ini, walaupun harganya agak tinggi.

Hari ini, dUCk memperkenal satu koleksi tudung bertatahkan 200 kristal Swarovski yang dijual pada harga RM800. Dan percaya atau tidak, ia habis dijual dan sold out dalam masa 5 minit sahaja!

Yes, RM800 in just 5 minutes! WOW!

Perkara ini diumumkan oleh Vivy sendiri di laman Instagram beliau menerusi 'Insta Stories' yang dimuat naik pada pagi tadi. Sejak daripada itu, nama 'dUCk' trending dalam sekelip mata.

Ini tudungnya.

Image via Instagram @theduckgroup

Khabarnya, The dUCk Group telah dipilih untuk menghasilkan satu 'Hadiah Kebangsaan' untuk diberikan kepada 'Miss Universe 2016'.

Baca kenyataan oleh The dUCk Group di bawah:

"Seperti yang anda tahu, kami telah dipilih untuk menghasilkan 'Hadiah Kebangsaan' bagi 'Miss Universe 2016'. Tudung dUCk ini akan pergi ke tangan 110 negara dalam satu masa secara serentak.

"Tudung dUCk KL eksklusif ini mempunyai kilauan istimewa dengan bukan satu, bukan dua puluh, tetapi DUA RATUS kristal Swarovski di atasnya! Setiap dUCk ini mengambil masa yang lama dan penuh kasih sayang untuk disiapkan.

"Kristal Swarovski diletak dan ditekan satu demi satu pada setiap helaian. Swarovski turut memberikan dUCk ini 'Brand Seal' untuk mengesahkan kesahihan kristal mereka, melihatkan kepada betapa 'rare' dUCk KL ini.

"Disebabkan ia begitu sukar untuk dihasilkan, dUCk KL ini sangat eksklusif dengan hanya beberapa ratus keping sahaja dibuat. Tidak semua orang akan dapat memiliki dUCk yang mencipta sejarah ini, menjadikannya lebih istimewa.
"

Tak puas lagi tengok tudung dUCk RM800 ni? Nah, kami belanja lagi 3 gambar:

Dah macam lukisan. Jangan keliru ya, itu tudung.

Image via Instagram @theduckgroup

Apa kata orang ramai? Seronok kami membaca satu per satu tweet.









Apa pula kata anda?

Nak tahu 11 tip meniaga dari Vivy Yusof? BACA SINI:

You may be interested in: