seismik

Berharap Pandemik Covid-19 Berlalu, Neelofa Sedia Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

Alhamdulillah!

Cover image via @neelofa (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Di saat ini, apa yang kita semua harapkan ialah untuk pandemik Covid-19 ini berakhir dengan cepat supaya dapat meneruskan hidup normal seperti dahulu

Ketika ini, ramai rakyat Malaysia yang sedang berhadapan dengan kesusahan hidup sehingga membuatkan ramai mengalami tekanan perasaan lalu membuat keputusan dalam tidak sedar.

Disebabkan itu, selebriti yang sebelum ini namanya sering menjadi sebutan ramai iaitu Noor Neelofa tampil menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.

Menerusi posting yang dimuat naik olehnya di laman Instagram, Neelofa mengharapkan agar Allah S.W.T memulihkan semula keadaan yang sedang terjadi kini

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru mana-mana pihak yang memerlukan bantuan dapat menghubungi pihak Kasih Neelofa iaitu sebuah organisasi yang dibangunkan olehnya dalam membantu pihak yang tidak berkemampuan.

Segala bantuan akan diberikan oleh pihak mereka kepada mereka yang memerlukan dan apa yang perlu dilakukan hanya lah menghubungi mereka di akaun Instagram tersebut.

Semoga usaha baik Neelofa ini dapat meringankan beban mereka yang kehilangan pekerjaan dan sumber makanan dalam keadaan pandemik yang semakin membimbangkan.

Penulis: Ainaa Mazalan

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: