seismik

Rindu Bawa Anak-Anak Riadah Petang, Lufya Omar Throwback Video Bersama Awal Ashaari

Seronoknya masa sebelum PKP.

Cover image via @lufyalaana (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), banyak aktiviti terpaksa dibatalkan serta dihadkan bagi mengikut arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa

Pastinya ketika ini ibu bapa merupakan antara individu yang menghadapi kesukaran berhadapan dengan anak-anak di rumah yang sebelum ini sudah biasa ke sekolah serta bermain di luar rumah bersama dengan rakan-rakan mereka.

Disebabkan itu, pelakon Lufya Omar berasa rindu untuk membawa anaknya beriadah petang bersama jiran tetangga yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri itu.

Untuk maklumat, kawasan kejiranan Lufya turut didiami oleh beberapa selebriti lain antaranya ialah Awal Ashaari, Rita Rudaini serta Farahanim Razak

Lufya telah memuat naik video throwback yang dirakam olehnya sebelum perintah total lockdown diadakan.

Perasaan rindu itu turut membuatkan Lufya menulis caption berbunyi kata-kata semangat agar pandemik Covid-19 ini akan berakhir dengan segera.

Melalui video tersebut jelas kelihatan anak-anak mereka berasa gembira apabila dapat berkumpul bersama dengan rakan-rakan.

Penulis: Ainaa Mazalan

Semoga satu hari nanti negara kita juga akan bebas daripada virus ini, sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan semua dan jangan lupa terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: