1.6 Juta Graduan Malaysia Bekerja Dalam Bidang Di Bawah Kelayakan Akademik

Difahamkan, 32.2% graduan bekerja di bawah kelayakan mereka.

Cover ImageCover image via Harian Metro & Kosmo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diarahkan untuk memperkukuh laluan pekerjaan yang sepadan dengan kelayakan graduan

Dilaporkan oleh Harian Metro, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk memastikan perhatian lebih mengenai isu berkenaan.

Mengikut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 1.6 juga graduan atau 32.2% masih bekerja di bawah tahap kelayakan mereka.

"Dapatkah pekerjaan yang sesuai? Berbaloikah belajar dekat UiTM ini? Mampukah kita membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga?

"Semua pertanyaan itu tidak salah, kerana ia berasas. Menurut DOSM terdapat graduan bekerja di bawah tahap kelayakan. Jadi saya menggesa, meminta, mengarahkan dan memerintahkan Menteri Pendidikan Tinggi untuk terus memperkukuhkan laluan daripada pendidikan kepada pekerjaan yang sepadan.

"Itu tanggungjawab anda (Zambry). Tidak mudah, tetapi saya yakin anda boleh melakukannya. Perlu ada kesepadanan kelulusan dengan bidang pekerjaan, apa lagi produk UiTM ini adalah graduan yang berkualiti,"
katanya.

SAYS.com

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Perasmian Penutup Wacana Semarak Patriotisme

Image via Harian Metro

Padanan ini penting untuk ilmu yang dipelajari diterjemahkan

Ahmad Zahid mengatakan padanan antara kelayakan dan bidang pekerjaan penting untuk memastikan ilmu yang dipelajari di universiti dapat diterjemahkan kepada kerjaya untuk melahirkan graduan yang lebih berkualiti.

Ijazah membuka pintu kepada peluang tetapi kompetensi membantu graduan mengubah peluang itu menjadi kejayaan.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Bernama

Mahasiswa perlu memperluaskan pembelajaran yang mempunyai pelbagai disiplin lain untuk meningkatkan keupayaan.

"Masalah masa hadapan tidak datang mengikut sempadan fakulti tetapi penyelesaiannya memerlukan kepakaran yang saling melengkapi," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: