10 Tahun Berkhidmat, ‘Doktor Sukan’ Pasukan Senegal Dedah Status Sebenarnya Pakar O&G

Sedekad berkhidmat baru disedari, 'doktor sukan' mereka rupanya hanya pakar sakit puan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Skuad bola sepak Senegal baru-baru ini mendedahkan doktor yang selama ini menjadi doktor pasukannya sebenarnya bukan pakar yang sesuai buat skuad mereka

Pendedahan ini didedahkan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Senegal (FSF), Abdoulaye Fall yang sebelum ini menjawab isu tunggakan elaun pemain dan kontrak ketua jurulatih yang hanya dimuktamadkan sehari sebelum pasukan itu berlepas ke Piala Dunia.

Menurut beliau dalam satu sidang media, doktor yang selama ini telah berkhidmat bersama skuad kebangsaan Senegal sejak sedekad sebenarnya adalah seorang pakar sakit puan (gynecologist) dan bukannya doktor yang mempunyai kepakaran dalam perubatan sukan.

"Sebenarnya, doktor yang berkhidmat dengan kami tidak mempunyai latar belakang akademik untuk menyokong para atlet. Ini adalah perkara yang kami terlambat sedar kerana dia sebenarnya seorang doktor pakar sakit puan," katanya.

SAYS.com
Image via @PrimedGold (Reddit r/sports)

Ramai penyokong Senegal meluahkan kekecewaan mereka

Klip sidang akhbar ini dikongsikan oleh @PrimedGold di Reddit r/sports.

"Berdasarkan maklum balas yang saya terima, pemain tidak mendapat sokongan perubatan secukupnya. Kami memerlukan kepakaran yang lebih baik untuk skuad kerana kesihatan adalah perkara paling utama," katanya.

SAYS.com
Image via koorabreak

Banyak komen mengatakan mereka terkejut dengan pendedahan ini dan menjawab persoalan kerana terdapat beberapa kes kecederaan pemain yang mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk pulih walaupun kecederaan yang dialami tidak begitu serius.

Ramai juga berpendapat masalah ini berlaku kerana banyak kes korupsi di dalam FA Senegal ketika pelantikan Dr Abderahmane Fediore. Presiden Abdoulaye Fall sendiri baru sahaja dilantik tahun lalu.

SAYS.com
Image via Foot-Africa

Malah lebih menarik, walaupun selama ini dibantu oleh doktor yang bukan kepakarannya, Senegal layak untuk ke Piala Dunia 2026 dan memenangi kejuaraan Afrika.

Menurut laporan dari Reuters, Senegal telah memecat jurulatih Pape Bouna Thiaw pada Sabtu lepas kerana prestasi mereka di Piala Dunia memerlukan perubahan.

Kes ini boleh dikatakan hampir sama seperti penterjemah bahasa isyarat yang pernah berlakon menjadi jurubahasa tetapi setiap gerak isyarat yang dilakukan olehnya hanya pergerakan tangan sahaja.

Di Piala Dunia 2026, Senegal kalah kedua-dua permainan pembukaan peringkat kumpulan ke atas Perancis dan Norway. Mereka juga telah melepaskan kelebihan 2-0 dengan hanya 5 minit berbaki tetapi kalah kepada Belgium 3-2 pada masa tambahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: