34 Sekolah Di Selangor Bakal Terima Bilik Darjah Baharu Menjelang November Ini

Difahamkan, pembinaan blok satu tingkat diberi keutamaan kerana dapat disiapkan lebih cepat untuk digunakan oleh murid pada sesi persekolahan akan datang.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @suk_selangor (X) & FMT

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 34 sekolah di Selangor dijangka menerima blok bilik darjah baharu satu tingkat menjelang November atau selewat-lewatnya Disember ini bagi menampung kemasukan murid Tahun Satu sesi persekolahan tahun depan

Menurut laporan Sinar Bestari, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ir Shukri Ishak berkata, projek bernilai RM179 juta itu sedang giat dilaksanakan di seluruh negeri dengan sebahagian besar telah memasuki fasa pembinaan, manakala sembilan projek kecil masih di peringkat perolehan.

Difahamkan, pembinaan blok satu tingkat diberi keutamaan kerana dapat disiapkan lebih cepat untuk digunakan oleh murid pada sesi persekolahan akan datang.

"Semua projek kini dalam peringkat pembinaan, cuma ada sembilan projek kecil yang masih di peringkat perolehan," katanya.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mari Belajar

Pembinaan blok dua tingkat pula dijangka siap pada suku kedua tahun depan kerana memerlukan kerja struktur yang lebih kompleks termasuk pembinaan cerucuk dan rasuk

Katanya, tahap kemajuan projek berbeza mengikut lokasi dengan ada yang sudah memasuki peringkat pembinaan dinding dan pemasangan kekuda bumbung, manakala sebahagian lagi masih di peringkat pembinaan asas.

Sebelum ini, JKR Selangor memaklumkan pihaknya mempercepat pelaksanaan projek pembinaan bilik darjah baharu di sekolah berkepadatan tinggi di seluruh negeri bagi menampung pertambahan murid Tahun Satu.

Secara keseluruhan, JKR menerima peruntukan melibatkan kira-kira 102 sekolah, dengan 41 iklan sebut harga telah dikeluarkan bagi melaksanakan kerja-kerja berkaitan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: