AI Bakal Dikawal Selia Dengan Undang-Undang Baharu – Fahmi Fadzil

Sementara menunggu undang-undang khusus AI digubal, tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada masih diambil.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Linkedin & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rang Udang-Undang Khusus (RUU) khas berkaitan kecerdasan buatan (AI) akan dibawa ke Dewan Rakyat

Menurut laporan dari Berita Harian, Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil mengatakan pengalaman kerajaan dalam menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 melibatkan banyak sesi libat urus telah menjadi asas kepada pendekatan sama dalam membentuk kerangka dan mengawal selia tekonolgi baharu termasuk AI.

"Contohnya pengalaman kita dalam perbincangan sebelum ini membolehkan pihak kerajaan melalui beberapa jawatankuasa merangka dan seterusnya membawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara berkaitan Akta Keselamatan Dalam Talian.

"Itu hasil daripada banyak perbincangan termasuk dalam forum dan sesi libat urus. Jadi kita lihat perkara sama boleh dilakukan bagi teknologi baharu seperti AI,"
katanya.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Sebelum ini perkara sama telah dimaklumkan oleh Menteri Digital

Menteri Digital, Gobind Singh Deo telah memaklumkan RUU Tadbir Urus AI sedang digubal untuk memperkukuk lagi aspek pencegangan dan akauntabiliti dalam bidang itu.

RUU tersebut akan digunapakai sepanjang kita hayat AI bagi memastikan pihak yang membangun, menyedia, mengguna atau mengendalikan sistem AI mengambil langkah tadbir urus munasabah dan bersesuaian dengan tahap risiko sistem itu.

SAYS.com

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil

Image via Amanz

Fahmi juga menambah RUU ini perlu dilaksanakan memandangkan teknologi berkenaan berkembang dengan pantas serta membawa manfaat dan risiko kepada masyarakat.

"Kita tidak mahu memberikan isyarat bahawa kita tidak mahu teknologi ataupun pelaburan. Kita mahu teknologi dan pelaburan yang bukan sahaja mendatangkan manfaat tetapi mengelakkan mudarat," katanya lagi.

Sebagai contoh, MCMC sebelum ini telah mengambil tindakan terhadap platform X selepas teknologi AI Grok yang didapati menghasilkan imej tidak sesuai dan banyak disalahgunakan pengguna.

"MCMC menghubungi pihak X supaya beberapa ciri kawalan atau guardrails diletakkan dan perkara itu sudah dilaksanakan," katanya lagi.

Sebelum ini banyak isu kesalahan menggunakan AI untuk mengubah suai gambar individu tanpa kebenaran telah berlaku.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: