AirAsia Umum Kemukakan SOP Dipertingkatkan Bagi Tempat Duduk Khas Kanak-Kanak

Difahamkan, SOP lebih baik kanak-kanak kurang upaya diperkenalkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via VOCKET

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Air Asia telah megemukakan proseur operasi standard (SOP) yang akan dipertingkatkan bagi penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRD)

Menurut laporan dari Free Malaysia Today, kerusi tersebut perlulah diluluskan atas faktor perubatan di dalam pesawat mereka dan memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa.

Tindakan ini diambil selepas AirAsia menerima dakwaan seorang wanita dimana keluarganya telah diarah turun dari pesawat sebelum berlepas walaupun telah mengisytiharkan dan telah mendapatkan kelulusan bagi tempat duduk khas untuk anak perempuannya yang kurang upaya ketika mendaftar masuk.

SAYS.com
Image via FMT

Kejadian tersebut telah selesai diteliti oleh AirAsia

Kejadian itu berlaku pada 26 Mei lepas untuk penerbangan AK 1776 dari Singapura ke Kuching.

"Proses (penelitian) itu mengenal pasti peluang untuk memantapkan proses sedia ada berkaitan penilaian CRD yang diluluskan atas faktor perubatan serta keperluan perjalanan khusus yang lain.

"Sejak itu, AirAsia telah memperkenalkan prosedur yang ditambah baik untuk menyokong penumpang berkeperluan khusus dengan lebih baik,"
katanya.

Ketua Pegawai Keselamatan dan Kualiti AirAsea X, S Saravanan juga telah memohon maaf atas kesulitan itu dan keputusan tersebut dilbuat 'berdasarkan keperluan keselamatan yang terpakai dan prosedur operasi yang dikuatkuasakan pada masa itu'.

"Bukan niat kami untuk menghalang mana-mana penumpang daripada melakukan perjalanan," tambahnya lagi.

Saravanan juga mengesyorkan mereka akan berusaha untuk menampung dan menyokong semua penumpang sebaik mungkin.

SAYS.com
Image via Sky Trax

Wanita yang mendakwa itu mengatakan anak perempuannya menghidap 'cerebral palsy' itu sudah pernah menaiki penerbangan dengan tempat duduk yang sama. Jadi penjelasan diperlukan untuk meneliti dasarnya mengenai penumpang kurang upaya.

Selepas diiring ke pintu terminal, keluarga wanita itu dimaklumkan perjalanan mereka ke Kuching boleh diuruskan tetapi menolak tawaran tersebut kerana risau atas kemungkinan juruterbang penerbangan tidak membenarkan penggunaan tempat duduk khas itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: