AKPS Kini Diberi Akses Autoriti Bilik Kawalan MAHB Untuk Pantau 5,000 CCTV Di KLIA
Difahamkan, CCTV baru juga akan ditambah untuk kawasan dikenal pasti titik buta.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan mendapat akses bilik kawalan yang mempunyai 5,000 CCTV di KLIA
Kesemua 5,000 kamera litar tertutup (CCTV) ini merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2.
Menurut laporan daripada Berita Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Sei Saifuddin Nasution Ismail mengatakan setelah hasil perbincangan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), syarikat itu bersetuju untuk memberikan AKPS autoriti untuk memperkukuhkan lagi keselamatan di pintu masuk negara.
Bilik kawalan berkenaan dikawal untuk pengurusan MAHB bagi tujuan pemantauan penumpang di lapangan terbang tetapi tidak khusus kepada aspek keselamatan sahaja.

AKPS agensi baharu bertanggungjawab mengenai kawalan sempadan
"Justeru sekarang, kerana AKPS agensi baharu bertanggungjawab mengenai kawalan sempadan, perbincangan sudah saya mulakan dengan MAHB supaya akses terhadap bilik kawalan, sumber maklumat daripada lebih 5,000 CCTV itu bukan saja MAHB yang mengawalnya tetapi juga AKPS turut diberikan autoriti.
"Jadi, AKPS akan melihat dari sudut pandang keselamatan. Ini sudah pun dipersetujui, cuma sekarang di peringkat pentadbiran untuk membolehkan ia beroperasi," katanya.

AKPS juga akan menambah kemudahan CCTV di KLIA untuk kawasan yang dikenal pasti sebagai titik buta.
"Jadi, NICC terhad kepada proses melepasi kawalan pemeriksaan masuk dan keluar tapi yang lebih lengkap sebenarnya adalah di bawah MAHB," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via