Anthony Loke Umum Tawar Diri Letak Jawatan Sebagai Menteri Pengangkutan

Difahamkan, menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai reaksi DAP terhadap perkembangan tahanan rumah yang dikenakan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam kerajaan.

Pengumuman itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti itu hari ini, dipercayai berkaitan pengampunan bersyarat Najib.

Menurut Loke yang juga Setiausaha Agung DAP, surat peletakan jawatan sebagai menteri Pengangkutan akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Loke berkata, keputusan itu sudah dibuat dan beliau akan mengemukakan peletakan jawatan

"Keputusan ini dicapai selepas mesyuarat CEC DAP yang berlangsung selama tiga jam bagi membincangkan perkembangan berkenaan.

"Saya mengemukakan cadangan ini kepada CEC dan kita membuat keputusan bahawa saya meletakkan jawatan sebagai reaksi parti terhadap apa yang telah berlaku,"
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini.

SAYS.com
Image via Anthony Loke Siew Fook (Facebook)

Semalam, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan mengumumkan Najib, 73, mendapat pengampunan bersyarat yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk syarat ditetapkan termasuk membayar denda RM50 juta.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat ke-64 Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memberi perkenan terhadap pengampunan bersyarat berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: