Apa Itu Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), & Mengapa Mereka Sangat Penting
Tugas yang sangat mulia buat mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) adalah satu perkhidmatan talian hayat kesihatan penduduk pendalaman di Sarawak
Diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1973, FDS adalah salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) yang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti di kawasan terpencil dan sukar diakses.
Sarawak sangat memerlukan perkhidmatan ini kerana di kawasan pedalaman tempat tinggal bakal pesakit adalah beberapa jam atau berhari jauh daripada bandar besar terdekat dan hospital.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), kedudukan Long Lellang adalah lebih kurang 6 jam dari Marudi dan 7 jam dari Miri.
Disebabkan ini, komuniti disana sangat memerlukan doktor untuk terbang masuk ke kawasan mereka demi perkhidmatan perubatan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Borneo PostSatu penerbangan akan membawa seluruh pasukan
Dalam satu kabin helikopter FDS, akan terdapat sekurang-kurangnya empat orang iaitu pegawai perubatan, pembantu pegawai perubatan, jururawat dan juruterbang terlatih dan berpengalaman.

Gambar sekadar hiasan.
Image via KosmoSetiap daripada mereka ini mempunyai peranan masing-masing yang penting demi membawa penjagaan kesihatan dengan selamat ke kawasan pedalaman.
Jadi apa sebenarnya tugas-tugas mereka?
FDS bukan sahaja membawa doktor ke kawasan pedalaman untuk merawat pesakit yang sakit.
Mereka juga turut membuat pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan susulan untuk pesakit kronik, rawatan asas dan penjagaan ibu dan anak.

Penolong Pegawai Perubatan, Mohd Nikman Hashim.
Image via Harian MetroSelain itu, penyakit berjangkit yang memerlukan pemeriksaan lebih turut dijalankan di kawasan pedalaman yang berkaitan. Perubatan untuk imunisasi turut diberikan kepada orang-orang di pedalaman.

Dr. Nielson memeriksan pesakit di pedalaman.
Image via Sarawak TribuneSetiap pegawai kesihatan juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan ibu dan anak, penyakit tuberkulosis atau malaria yang menggunakan penerbangan FDS untuk dibawa penyeliaan leibh lanjut di klinik.
Perkhidmatan ini masih diperlukan sehingga sekarang
Perkhidmatan ini sangat penting dan masih perlu diteruskan keranan pembangunan infrastruktur untuk mengakses ke kawasan pedalaman masih lagi kurang.
Setakat ini 97 lokaliti di Sarawak yang memerlukan perkhidmatan FDS terutamanya di Kapit, Miri dan Limbang.

Gambar sekadar hiasan.
Image via The Borneo PostAda kawasan yang akan dikunjungi setiap dua bulan mengikut keperluan dan keupayaan operasi.
Lebih lima dekad perkhidmatan ini telah membantu dan telah menjadi salah satu cara negara memberi perkhidmatan kesihatan dengan mengatasi masalah geografi yang sukar untuk diakses kepada penduduk di pedalaman.
Baru-baru ini, satu pasukan FDS telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram. Semoga kesemua roh mangsa dicucuri rahmat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via