Badminton World Championships 2026 Upah Pasukan Khas Penghalau Monyet
Digelar 'Monkey whisperer'.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Satu pasukan 'pembisik monyet' telah diupah untuk menghalang monyet-monyet mengganggu perjalanan pertandingan berprestij badminton
Untuk rekod, Badminton World Championship 2026 tahun ini diadakan di Stadium Tertutup Indira Gandhi, New Delhi, India.
Di New Delhi, monyet rhesus ini adalah spesis yang banyak membawa masalah di sana kerana selalu merosakkan bangunan dan menyerang penduduk. Terdapat satu lagi spesis monyet lebih besar digelar Langur yang menjadi 'ubat' untuk menakutkan monyet rhesus.

Monyet Langur
Image via ReutersDilaporkan oleh Reuters, pada Januari lepas, ketika pertandingan Badminton India Open, monyet-monyet ini telah mengganggu pertandingan sehingga najis dan sarang burung merpati terjatuh ke atas gelanggang perlawanan.
Perkara ini telah memalukan Persatuan Badminton India (BAI) kerana tidak dapat mengawal perkara ini sehingga terdapat monyet yang berlegar-legar di kawasan galeri stadium.
Bagi mengelakkan perkara sama berlaku, pihak BAI telah mengupah satu kumpulan yang mempunyai kelebihan unik untuk meniru bunyi-bunyi monyet Langur yang boleh menakutkan monyet rhesus ini.

Jadi bagaimana pasukan khas 'pembisik monyet' ini menghalau monyet?
Nazar Khan, 65, salah seorang daripada empat ahli yang diupah, mengatakan bunyi Langur sangat berkesan kerana ia merupakan musuh kepada monyet-monyet rhesus ini.
"Setakat ini, terdapat tiga hingga empat monyet dan dua monyet gemuk yang ramai laporkan sangat berbahaya.
"Kami akan membuat satu bunyi khas untuk menghalau mereka. Kami tahu bidang kami," ujarnya yakin dengan kebolehan mereka.

Zafar seorang lagi ahli 'pembisik monyet' yang diupah untuk menghalau monyet ini telah menunjukkan demo bunyi Langur.
"Monyet-monyet ini sangat takut dengan Langur, sebab itu meniru bunyinya sangat efektif," ujar Zafar.
Menurut Zafar, motif melaungkan bunyi ini bukan untuk mencederakan mereka (monyet rhesus) tetapi untuk menghalau sahaja.
Seorang lagi ahli mengatakan dia sendiri pernah digigit oleh seekor monyet kerana cuba menghalau. Jika digigit kami tidak pergi cucuk untuk ubat, hanya letakkan serbuk cili di tempat luka dan teruskan kerja seperti biasa.

Pihak pengurusan stadium tersebut turut meletakkan satu gel tidak toksik di kawasan bumbung stadium untuk mengelakkan burung merpati dari membuat sarang di atas.
Badminton World Federation (BWF) juga meluahkan rasa berpuas hati dengan Kementerian Sukan India untuk membantu meningkatkan lagi fasiliti bagi mengurangkan masalah haiwan yang boleh menggangu pertandingan.
Sebagai rekod, Badminton World Championship 2026 telah dijadualkan bermula hari ini iaitu 17 hingga 23 Ogos depan.
Video penuh di sini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via