Baki Tinggal RM33 Dalam Bank, Bekas CEO Nekad Bangkit Semula Jual Nasi Lemak

Mula dengan menjual 30 bungkus nasi lemak untuk bangkit semula.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dahulunya seorang usahawan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat kini hanya menjual nasi lemak di tepi jalan

Dilaporkan oleh Harian Metro, Ade Azhar Ismail atau Ade telah hampir 16 tahun menjadi usahawan sebuah syarikat pengedar dengan pendapatan mencecah lima angka.

"Mulanya memang ada rasa malu nak berdepan adik-beradik, saudara-mara dan kakitangan.

"Tapi, mengenangkan saya pun datang daripada jualan langsung, perasaan malu itu hilang terutama bila ramai kawan dan pemilik perniagaan lain datang beli tanda sokongan."
katanya.

Dia mula menjual nasi lemak secara jualan but kereta sejak dua bulan lalu selepas syarikatnya beroperasi dalam defisit akibat masalah kewangan sejak pertengahan tahun lalu.

SAYS.com
Image via Harian Metro / YouTube

Pernah satu tahap wang dalam akaun bank hanya berbaki RM33

Sejak titik terendah itu, dia kembali berniaga di jalanan seperti fasa awal menceburi dunia perniagaan dahulu.

Ade memberitahu dia sebelum ini mempunyai 60 kakitangan tetapi hanya 14 yang masih setia.

Dia telah kehilangan pasukan jualan dan ada juga rakan kongsi yang tidak lagi bersama.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Amirudin Sahib

"Saya tak pernah bekerja makan gaji kerana sudah berniaga sendiri secara jualan langsung dengan menjual mainan.

"Sejak 2009, saya bergelar CEO syarikat sendiri yang menjadi pengedar pewangi udara, buku cerita, buku kanak-kanak, bacaan ilmiah dan sirah Nabi.

"Saya pernah ada 60 kakitangan sebelum ini, namun hanya 14 yang masih setia kerana yang lain kebanyakannya Gen Z berhenti kerana tidak berminat lagi dalam bidang jualan langsung.

"Ia menyebabkan saya kehilangan pasukan jualan dan ada rakan kongsi yang tidak lagi bersama, jadi ia memberi kesan kepada syarikat.

"Sekarang, syarikat dan kakitangan masih ada, tapi saya ambil keputusan tidak mengambil gaji sebaliknya keluar berniaga dengan menjadikan jualan nasi lemak sebagai modul perniagaan yang baharu. Hasil jualan itu yang menjadi pendapatan saya dan selebihnya untuk syarikat,"
katanya.

Menurut Ade, syarikat dan kakitangan masih ada tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak mengambil gaji sebaliknya keluar berniaga.

Isteri tidak tahu selepas 15 hari dalam kesusahan

Ade mengatakan keluarganya termasuk isteri hanya mengetahui kepayahan ini pada hari ke-15.

Isterinya tidak tahu kerana dia tidak menyediakan nasi lemak berkenaan tetapi mengambil bekalan daripada saudara jauh.

Dia mula menjual nasi lemak kerana nampak ada peluang dan tidak sangka percubaannya berhasil selepas videonya tular di media sosial.

Pada mulanya Ade hanya membawa 30 bungkus nasi lemak sahaja untuk dijual dan merasakan dirinya patah semangat.

SAYS.com
Image via Harian Metro / Amirudin Sahib

Tetapi apabila ada orang datang membeli, dia jadi bersemangat dan bersyukur kerana nasi lemak habis terjual pada hari pertama.

Sejak itu, dia meneruskan dan keuntungan bulan pertama sahaja mencecah RM9,000. Usahanya diteruskan sehingga hari ke-53 di mana dia mula mengambil orang bekerja untuk dan membuka lagi jualan but kereta di lima kawasan lain.

Ade berpesan untuk orang lain yang senasib dengannya supaya membuang rasa malu dan ego dan mencari jalan keluar daripada masalah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: