Baru Seminggu Kenal, Remaja 15 Tahun Dicekup Berkhalwat Dalam Tandas Surau
Difahamkan, kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan berpakaian tidak lengkap.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang baru seminggu mengenali seorang individu dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya dalam tandas sebuah surau di sebuah kampung di Kilang Lama, Kulim, Kedah
Menurut laporan Berita Harian, remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu berkenalan dengan lelaki berusia 18 tahun berkenaan ketika mereka bekerja di gerai nasi lemak yang sama sebelum menjalinkan hubungan.
Kes terbabit terbongkar selepas penduduk kampung membuat aduan kepada pihak berkuasa agama kira-kira jam 1.30 pagi susulan curiga dengan kehadiran pasangan itu di surau tersebut.
Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, ketika serbuan dilakukan, kedua-dua mereka ditemui dalam keadaan berpakaian tidak lengkap.

"Lelaki berkenaan berusia 18 tahun dan berasal dari Sungai Kob, Karangan dan bekerja berniaga nasi lemak. Hasil soal siasat yang dilakukan mendapati, dia dan pasangannya itu baru seminggu berkenalan di tempat kerja yang sama.
"Remaja perempuan itu pula berasal dari Changlun di daerah Kubang Pasu dan tinggal di Sungai Ular, di sini bersama ibu saudaranya," katanya.
Menurut beliau, orang awam yang berniaga berhampiran mendakwa sering melihat pasangan berkenaan memasuki surau terbabit hampir tiga kali pada lewat malam, sekali gus menimbulkan syak wasangka
Beliau berkata, pemeriksaan kemudian dilakukan sebelum pasangan itu ditemui berdua-duaan di dalam tandas surau terbabit.
"Orang awam kemudian memanggil pengerusi surau berkenaan dan memaklumkan kepada pejabat agama untuk tindakan lanjut.
"Hasil soal siasat mendapati, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau mahram dan disyaki berkhalwat," katanya lagi.
Anwar Sharifuddin berkata, kedua-dua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


