Bawa Senyuman & Menyentuh Hati, Fikry Ibrahim Jadi Shakoor Dalam Iklan Merdeka BHP

Kadangkala orang luar lebih tahu apa yang kita sendiri rasa biasa.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BHPetrol (YouTube)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tanggal 31 Ogos tarikh yang paling bermakna buat seluruh rakyat Malaysia mengimbau kembali pengorbanan nenek moyang kita

Baru-baru ini satu video kemerdekaan daripada BHPetrol berjaya meraih perhatian netizen dengan membawa mesej bermakna dan penuh emosi walaupun dengan gelak tawa.

Video bertajuk 'Saya Taula' ini mula dengan memperkenalkan Fikry Ibrahim sebagai Shakoor Rahman seorang pekerja dari Bangladesh yang telah merantau dan kini bekerja di stesen minyak BHPetrol di Kelantan.

"Kadangkala orang luar lebih tahu apa yang kita sendiri rasa biasa"

SAYS.com
Image via BHPetrol (YouTube)

Video ini menunjukkan perspektif seorang pekerja asing mengenai Malaysia

Video ini menunjukkan perspektif seorang pekerja dari luar yang kadang kala sebenarnya lebih tahu daripada apa yang kita sendiri rasa biasa.

SAYS.com
Image via BHPetrol (YouTube)

Shakoor mengatakan media sosial sahaja yang menunjukkan ramai orang tidak bersefahaman, tetapi realitinya jauh berbeza. Shakoor sendiri sudah masak dengan ragam rakyat Malaysia yang sebenarnya sangat dekat walaupun berbilang kaum.

"Malaysia orang tadak ngam! Chaitt!! Tipulahh"

Lain daripada iklan yang selalunya sedih, Shakoor menunjukkan tiga babak yang menjadi satu perkara yang dekat dengan hati orang Malaysia tetapi selalu dianggap biasa atau diendahkan.

Babak 1: Gaduh pasal bola dan lepak Mamak

SAYS.com
Image via BHPetrol (YouTube)

Babak ini menceritakan dua pakcik yang bergaduh mengenai World Cup di pam minyak. Tapi semua itu hanya kawan "bergaduh" sahaja dimana pakcik cina tu akhirnya ajak kawan Melayu lepak mamak dan mahu belanja rakannnya.

"Gaduh dulu, minum sama sama, diorang sayangla, saya taula"

Babak 2: Mesra bersama di BHPetromart

SAYS.com
Image via BHPetrol (YouTube)

Babak ini memaparkan pekerja staf BHPetromart yang melayani pelanggan tetap 'Aunty' bersama 'rider' ShopeeFood yang bergurau seakan sudah lama saling mengenali.

"Mulut saja gaduh, hati ada sayang, saya taula"

Shakoor juga bingung dan menganggap semua orang Malaysia macam satu keluarga. Malaysia sangat sinonim dengan panggilan seperti keluarga untuk semua orang seperti abang, kakak, uncle, auntie, adik dan sebagainya.

Babak 3: Orang tolong bayarkan di kedai

SAYS.com
Image via BHPetrol (YouTube)

Babak yang sangat normal dan selalu ada di mana-mana iklan.

Seorang wanita yang kekurangan wang akhirnya dibayar oleh seorang pemuda Cina yang membantu membayar tanpa banyak soal. Perkara kecil yang jarang jadi viral sudah normal di mata rakyat Malaysia.

Malaysia di mata 'orang luar'

Pada pengakhiran video, Shakoor sedikit sentimental kerana dia telah merantau jauh dari anak dan isteri. Dari matanya, dia melihat Malaysia selalu terlepas pandang perkara-perkara kecil tapi bermakna kerana kita sendiri selalu mengambil mudah.

SAYS.com
Image via BHPetrol (YouTube)

Lakonan Shakoor dari Fikry Ibrahim berjaya membawa mesej yang mahu disampaikan oleh BHPetrol dengan bersahaja tanpa terlalu menekan untuk menjadi watak brader dari Bangladesh.

Kemerdekaan mengajar kita untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita perlu lebih menghargai setiap insan di sekeliling dan meraikan komuniti yang sudah pasti menjadikan Malaysia sangat istimewa.

Selamat Hari Kemerdekaan!

Video penuh di sini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: