Bawah Jambatan Pulau Pinang Kini Kawasan Larangan, Tiada Lagi ‘Port’ Kaki Pancing
Tempat yang menjadi lubuk ikan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kawasan bawah Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kini menjadi kawasan larangan memancing
Kedua-dua tempat ini sangat dikenali ramai pemancing sebagai salah satu 'port' paling menyeronokkan untuk memancing kerana kawasan tiang jambatan itu banyak menjadi tumpuan ikan untuk mencari makanan, tempat teduhan dan tempat berehat yang popular buat pemancing.
Menurut laporan daripada Berita Harian, kedua-dua jambatan itu telah diisytihar sebagai Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) di bawah Akta Kawasangan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan diklasifikasikan sebagai Sasaran Penting Negara.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengatakan mana-mana individu yang melanggar larangan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta 298 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Individu tersebut juga boleh disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh.

Risiko terhadap keselamatan awam serta mempertahankan integriti infrastuktur strategik negara
Penguatkuasa juga diperlukan untuk mengelakkan sebarang risiko terhadap keselamatan awam serta mempertahankan integriti infrastruktur strategik negara.
"Aktiviti pencerobohan di bawah jambatan dikhuatiri boleh menjejaskan saluran kabel komunikasi serta kabel elektrik voltan tinggi milik Telekom Malaysia (TM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di bawah struktur jambatan.
"Bagi memperkukuh tadbir urus keselamatan, Jawatankuasa Sasaran Penting Negeri (JSPN) bersama CGSO Pulau Pinang, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Wilayah Utara, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), PLUS serta agensi keselamatan berkaitan sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal selia sebarang aktiviti yang dijalankan berhampiran kedua-dua jambatan," katanya.

Rondaan dan pemeriksaan akan dilakukan secara berkala untuk membanteras pencerobohan di kedua-dua jambatan berkenaan.
Jambatan Pulau Pinang juga pernah mempunyai perkhidmatan boat khas buat pemancing untuk pergi memancing di situ.

Maritim Malaysia juga mengingatkan khususnya komuniti nelayan dan pemilik bot supaya tidak menceroboh keseluruhan kawasan di bawah kedua-dua jambatan termasuk zon penampan sejauh 250 meter di kiri dan 250 meter di kanan struktur jambatan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar HarianLike Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via