Berang Bayi Terjaga Bunyi Ekzos Kuat, Lelaki Bertindak Belasah Penunggang Motor
Video 1 minit 45 saat menunjukkan serangan kini viral di beberapa media sosial.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki telah bertindak memukul penunggang motosikal di sebuah kedai serbaneka akibat tidak berpuas hati
Difahamkan bunyi ekzos yang kuat sehingga mengejutkan bayinya menjadi punca membuatkan lelaki tersebut berang.
Menurut laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani, mengatakan pihak mereka telah menerima maklumat mengenai kejadian itu Jumaat lalu apabila terdapat video kejadian berdurasi satu minit 45 saat tular di media sosial.

"Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu selepas suspek yang juga lelaki tempatan berang apabila mendakwa mangsa memotong kenderaan dinaikinya dan membunyikan ekzos dengan kuat hingga menyebabkan bayi dipangku isterinya terjaga dan menangis.
"Suspek kemudian bertindak memukul mangsa yang juga lelaki tempatan. Akibat kejadian itu, mangsa mendapatkan rawatan di hospital dan disahkan mengalami kecederaan pada pipi kiri dan perut," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Abdul Razak menambah, kes ini dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
"Suspek diarahkan untuk dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Mersing esok.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya," katanya lagi.

Kertas siasatan juga telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Johor untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak terlalu bertindak mengikut emosi sehingga memudaratkan diri sendiri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


