Berkuat Kuasa Serta-Merta, Caruman LINDUNG 24 Jam Bukan Lagi Mandatori

Keputusan dibuat setelah maklum balas yang diterima mengenai pelaksanaan caruman ini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Scoop & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jemaah Menteri telah memutuskan caruman bagi Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak lagi mandatori

Menurut laporan daripada Berita Harian, Datuk Fahmi Fadzil mengatakan keputusan ini menyaksikan caruman sebanyak 0.75% daripada gaji pekerja dan kini akan dilaksanakan secara sukarela.

"Perdana Menteri telah membangkitkan maklum balas yang diterima berhubung pelaksanaan caruman sebanyak 0.75 peratus daripada gaji pekerja bagi LINDUNG 24 Jam bawah PERKESO.

"Justeru, Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan bahawa caruman itu tidak lagi bersifat mandatori, sebaliknya dilaksanakan secara sukarela, berkuat kuasa serta-merta.

"Kenyataan lanjut berhubung keputusan ini akan diterbitkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA),"
katanya.

SAYS.com

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi)

Image via Berita Harian

Sebelum ini caruman adalah secara automatik untuk perlindungan keselamatan sosial yang lebih meluas

Lebih sembilan juga pencarum menerusi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada kemalangan bukan bencana kerja, yang telah berkuat kuasa 1 Jun lepas.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan mengatakan LINDUNG 24 Jam ini memperuntukkan jaringan perlindungan keselamatan sosial yang lebih meluas termasuk ketika cuti umum dan hari kelepasan am.

SAYS.com
Image via PERKESO

Caruman LINDUNG 24 ini ditanggung sepenuhnya oleh pekerja dan akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang telah ditetapkan denga had siling gaji bagi caruman iaitu RM6,000.

Bagi permulaan, kadar caruman LINDUNG 24 Jam adalah 0.75% daripada gaji bulanan tetapi akan meningkat mengikut fasa. PERKESO turut mengumumkan kadar caruman baharu merangkumi skim LINDUNG 24 Jam.

Fasa 1 (dua tahun pertama): 0.75%
Fasa 2 (tiga tahun berikutnya): 1.00%
Fasa 3 (tahun keenam dan seterusnya): 1.25%

Contoh kiraan mudah (Fasa 1 sekarang – 0.75%):

Gaji RM1,700 → caruman sekitar RM13.15
Gaji RM3,000 → caruman sekitar RM22.85
Gaji RM5,000 → caruman sekitar RM37.85

Maklumat lanjut mengenai Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) boleh didapati di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: