Betul Ke Makan Banyak Durian Boleh Gagalkan Ujian Pernafasan?

Tak sangkanya.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Musim durian telah menjadi antara budaya rakyat Malaysia yang disukai ramai orang

Banyak keluarga akan berkumpul bersama-sama untuk makan durian beramai-ramai tidak kira di rumah, kedai atau dusun durian.

Tidak ramai yang pernah mendengar cerita bahawa memakan durian terlalu banyak boleh menyebabkan anda tersangkut dalam ujian pernafasan (breathalyser).

Betul ke makan banyak durian boleh gagalkan ujian pernafasan?

SAYS.com

Gambar janaan AI

Image via Google Gemini

Jawapannya BETUL! Anda boleh gagal ujian pernafasan

Menurut laporan dari The Star, pada tahun 2018 di wilayah Jiangsu, China, seorang pemandu telah ditahan kerana disyaki memandu secara mabuk. Dia telah diuji menggunakan mesin ujian pernafasan tetapi mendapat kadar 0.036% iaitu hampir dua kali ganda lebih tinggi alkohol dari 0.02% yang.

Lelaki tersebut mengesahkan dia tidak minum walau setitik pun alkohol dan hanya makan durian yang banyak.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian SG

Pegawai penguatkuasa tidak menerima jawapan tersebut. Hanya kerana perasaan ingin tahu, pegawai trafik tersebut makan durian dan menguji diri mereka sendiri dengan mesin breathalyser. Pegawai Yu Pengxiang mendapat kadar alkohol adalah 0.036% lebih tinggi dari sepatutnya tetapi tidak langsung mabuk dan hanya perut yang penuh dengan durian.

Mereka tunggu tiga minit dan menguji semula. Ujian menunjukkan nombor turun ke 0.

Ujian darah pemandu yang ditahan tersebut mendapati tiada alkohol di dalam darahnya sekaligus menunjukkan dia tidak bersalah. Dia tidak minum tetapi Raja Buah ini berjaya "menipu" mesin alat pernafasan berkenaan.

Jadi bagaimana buah yang tidak beralkohol membuatkan anda gagal ujian pernafasan?

Menurut kajian dari Institute of Food Science+Technology, beberapa jenis durian dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam didapati mempunyai ethanol yang tinggi.

Ethanol adalah bahan yang selalunya dijumpai dalam alkohol. Jumlah ethanol yang ada adalah diantara 590 hingga 1,091 nanogram per gram buah.

Jumlah ini sangat sedikit dan tidak akan membuat anda mabuk tetapi cukup untuk dikesan oleh mesin breathalyser dimana jika anda baru sahaja makan durian dan terus diuji, kawasan mulut anda akan mempunyai ethanol.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Medium

Kesalahan yang didapati dari mesin tersebut adalah daripada mulut bukannya alkohol yang berada di dalam badan. Kajian juga menunjukkan jika anda terus membuat ujian pernafasan alkohol berkenaan masih akan berlarutan sehingga dua minit selepas itu.

Hal ini sama dalam kes pegawai polis dari China tersebut yang terpaksa menahan orang itu akibat disangka mabuk. Duria berjaya menipu mesin ujian pernafasan tetapi ujian darah tidak dapat ditipu.

Jadi betul! Makan terlalu banyak durian dapat meninggalkan sisa ethanol di dalam mulut dan boleh menjadikan anda gagal ujian breathalyser tetapi hanya dapat masa yang sangat singkat sahaja.

Sebagai rekod, di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memandu di bawah pengaruh sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 10-15 tahun dan denda RM50,000-RM100,000.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: