Boleh Ke Nak Cas Telefon Di Masjid? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Lebih baik kita tidak sengaja menggunakan fasiliti masjid untuk mengecas telefon.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pernahkah anda menggunakan soket di dinding masjid untuk mengecas telefon anda?
Isu mengenai hukum cas telefon di masjid mungkin tampak remeh buat kita, tetapi ia melibatkan soal keberkatan rezeki, maruah diri dan ketakutan kita terhadap ancaman memakan harta yang bukan hak kita secara batil.
Ada yang pernah datang ke masjid untuk menggunakan kemudahan elektrik secara percuma tanpa menyedari implikasi hukum di sisi syarak.
Menurut Ustaz Azhar Idrus mengenai perkara ini beliau mengatakan, sebahagian masyarakat mengambil mudah dengan beranggapan bahawa perbuatan tersebut dibolehkan sekiranya mereka memasukkan sedikit wang ke dalam tabung masjid sebagai ganti rugi kos elektrik yang digunakan untuk urusan peribadi.
Terdapat dua hukum menurut beliau atas pandangan ulama, ada yang mengatakan ia adalah haram dan ada ulama yang mengatakan ia adalah harus.
Oleh disebabkan dua berbezaan pendapat yang sangat becanggah, beliau menegaskan kita mengikut pendapat ketiga.

Ada yang kata boleh ada yang melarang tetapi kita mengikut pendapat yang ketiga
Menurut beliau ada ulama mengakan haram kerana cas itu bukan dikhususkan untuk orang yang menggunakan plag di masjid kerana penggunaan itu bukan digunakan untuk hal-hal di dalam masjid.
"Apabila ada pendapat yang bertanaqu (bercanggah), sebaiknya kita ambil pendapat yang ketiga, kita beri sedikit sumbangan kepada masjid," katanya.
Ini adalah kerana suka-suka hati penggunaan untuk masjid adalah dilarang.
Beliau juga memesan lebih baik kita tidak sengaja menggunakan fasiliti masjid untuk mengecas telefon kerana enggan membayar bil elektrik di rumah kerana ia bertentangan dengan amanah pengurusan harta wakaf.

"Ada orang mengatakan boleh. Tapi sebaiknya, kita raih juga pendapat guru-guru kita yang melarang. Melainkan kita datang ke Masjid ada kipas, kita datang bersolat atau kita datang beriktikaf. Solat itu ibadah, itu tujuan dilakukan di Masjid. Iktikaf pun ibadat. Itu tujuan dilakukan dan dibina Masjid. Jika kita pergi beriktikaf sekalipun tidak solat, boleh hidup ke kipas?,
"Yang tak sedapnya adalah kita pakai telefon di rumah, tiba-tiba mati, kalau guna di rumah rugi kita kena bayar. Kalau pergi ke Masjid orang bayar. Jadi pergi cas di masjid. Takut nak elak makan harta orang, takut jadi haram. Jadi baik kita tinggallah perkara macam tu," katanya.
Hukum cas telefon di masjid diharuskan?
Hukum ini diharuskan apabila berkait rapat dengan niat utama dan kehadiran seseorang itu ke masjid untuk mendirikan ibadah.
Sekiranya anda datang ke masjid dengan matlamat utama untuk mendirikan solat fardu secara berjemaah, menghadiri majlis ilmu, atau beriktikaf, jadi penggunaan kemudahan di sana adalah diharuskan secara automatik.
Jika anda beriktikaf atau solat sudah semestinya anda memerlukan kipas atau lampu untuk keselesaan beribadah.
Dalam situasi kecemasan di mana telefon anda mati semasa melakukan ibadah, hukum cas telefon di masjid tidaklah dilarang kerana ia dikira sebahagian daripada kemudahan sampingan buat para jemaah.
Video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via