Cebisan Atau Abu Mangsa Islam Wajib Diurus Sebagai Jenazah, Penjelasan Mufti Penang
Bahagian badan atau peninggalan mangsa tidak boleh dibuang atau dilupuskan seperti bahan biasa.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cebisan anggota atau abu mangsa nahas beragama Islam tetap wajib dihormati dan diuruskan sebagai jenazah
Bahagian badan atau peninggalan mangsa tidak boleh dibuang atau dilupuskan seperti bahan biasa.
Dilaporkan oleh Utusan, Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman mengatakan kesempurnaan jasad bukan syarat mutlak untuk seseorang menerima pengurusan jenazah mengikut hukum syarak.
Seseorang itu masih dapat menerima penghormatan dan pengurusan jenazah tanpa mengira keadaan sekalipun.

Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman.
Image via UtusanEmpat perkara asas dalam pengurusan jenazah
Kata beliau, asas pengurusan jenazah mempunyai empat perkara iaitu memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikannya yang merupakan fardhu kifayah.
Pelaksanaan ini adalah kewajipan dan mengambil kira keadaan dan kemampuan sekiranya jasad mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan atau kebakaran.

Gambar sekadar contoh.
Image via My Sihat"Dalam Mazhab Syafie, sekiranya ditemukan sebahagian daripada jasad seorang Muslim yang disahkan meninggal dunia, bahagian tersebut hendaklah diuruskan dengan penuh penghormatan.
"Jika boleh dimandikan tanpa menyebabkan kerosakan lebih lanjut, ia hendaklah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan," katanya lagi.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Malaysia GazetteJika jasad terlalu teruk sehingga tidak boleh dimandikan, tayammum boleh dilakukan sebagai ganti. Perkara ini perlu dilakukan jika dikhuatiri penggunaan air boleh menyebabkan jasad semakin hancur.
Baru-baru ini terdapat beberapa persoalan daripada orang ramai mengenai hukum pengurusan jenazah dalam keadaan tidak sempurna selepas berlaku banyak tragedi kemalangan sejak beberapa bulan ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via