Cedera Digigit Kucing Peliharaan Juga Dilindung Skim LINDUNG 24 Jam – PERKESO

Difahamkan, kemalangan daripada urusan peribadi juga dilindungi sepenuhnya.

Cover ImageCover image via Purina & ERA

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kecederaan jari akibat digigit kucing peliharaan turut dilindungi oleh skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melalui LINDUNG 24 Jam

Dilaporkan oleh Berita Harian, Timbalan Ketua Eksekutif Operasi PERKESO, Azirruan Arifin mengatakan LINDUNG 24 jam pernah meluluskan kes sedemikian bagi rawatan perubatan serta cuti sakit (MC) dan menunjukkan perlindungan yang meluas.

Kejadian yang kecil juga boleh dipertimbangkan seperti tergelincir di tangga, kecederaan ketika bersukan atau luka akibat penggunaan peralatan domestik tidak semestinya ia tidak dilindungi.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

"Dari segi tahap kecederaan, perlindungan LINDUNG 24 Jam tidak ditentukan berdasarkan besar atau kecil sesuatu kemalangan. Lebih penting ialah sama ada kejadian itu memenuhi takrif kemalangan yang dilindungi serta menyebabkan pencarum mendapatkan rawatan dan hilang keupayaan untuk bekerja berdasarkan pengesahan doktor dan penilaian PERKESO.

"Selagi kejadian terbabit memenuhi syarat perlindungan, mendapat pengesahan perubatan dan menjejaskan keupayaan pencarum untuk bekerja, tuntutan boleh dikemukakan untuk dinilai PERKESO,"
katanya.

Sejak 31 Ogos, PERKESO telah merekodkan 6,330 tuntutan bagi Skin LINDUNG 24 Jam dengan jumlah keseluruhan bayaran faedah mececah RM9.97 juta.

Terdapat beberapa kemalangan tertentu yang tidak dilindungi

Menurut beliau, terdapat beberapa kemalangan yang tidak dilindungi seperti kemalangan berpunca tindakan disengajakan, insiden berkait perbuatan jenayah, penipuan atau pelanggaran undang-undang.

SAYS.com

Timbalan Ketua Eksekutif Operasi PERKESO, Azirruan Arifin

Image via Berita Harian

"Kejadian yang berpunca daripada penyakit atau masalah kesihatan sedia ada tidak dianggap sebagai kemalangan kerana ia berlaku akibat keadaan kesihatan dalaman dan bukan kerana faktor atau kejadian luaran.

"Perlindungan dan faedah PERKESO susulan penyakit atau masalah kesihatan yang tidak berpunca daripada kerja disediakan melalui Skim Keilatan. Sebarang kemalangan di dalam negara yang di luar Skim Bencana Kerja termaktub di bawah maksud LINDUNG 24 Jam,
" katanya.

Kemalangan daripada urusan peribadi juga dilindungi sepenuhnya

Perlindungan Skim Bencana Kerja mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) memperuntukkan perlindungan ketika perjalanan seperti dari rumah ke tempat kerja, semasa di tempat kerja, sebarang perjalanan bagi tujuan semasa waktu pejabat dan perjalanan pulang semula ke rumah.

Antara kemalangan yang mdari sebarang urusan peribadi turut dilindungi seperti beriadah dan bersukan hujung minggu atau cuti umum serta melancong dalam negara.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

LINDUNG 24 Jam akan mengambil kira kemalangan terhadap pekerja yang tidak mampu diduga dan boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Sekiranya kemalangan itu ketika pekerja melaksanakan tugas rasmi di rumah atas arahan majikan, ia akan dinilai di bawah Skim Bencana Pekerjaan. Sekiranya kemalangan tidak berkait pekerjaan sebagai pekerja atau ketika urusan peribadi, boleh dipertimbang bawah LINDUNG 24 Jam," katanya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: