Cuaca Terlalu Panas, Jepun Hasilkan ‘Peti Ais’ Saiz Manusia Untuk Sejukkan Badan
Alang-alang boleh sejukkan diri kalau kepanasan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah syarikat dari Jepun telah memperkenalkan ruang sejuk persendirian khas untuk penggunaan manusia
Dilaporkan oleh Yahoo! News Japan, peti ais ini dicipta untuk membantu orang ramai mengurangkan kepanasan akibat cuaca yang panas melampau.
Produk ini dijual oleh Truco Nakayama, yang memperkenalkan produk ini dan mengelarnya sebagai peti ais manusia dengan nama 'Do Hiemon Box' di mana anda boleh duduk di dalamnya untuk menyejukkan badan.
Dibangunkan oleh SDRS iaitu syarikat penyejukan dan mesin layan diri, peti ais ini diinspirasikan daripada mesin layan diri yang sejuk yang sentiasa memenuhi seluruh pelusuk Jepun.

Jadi, apa kelebihan peti ais manusia ini?
Do Hiemon Box mampu untuk mengekalkan kesejukan 15 darjah Celsius yang akan sentiasa sejuk sejurus anda masuk. Kotak sejuk ini juga akan mempunyai kerusi khas untuk duduk dan udara 5 darjah Celsius yang akan bertiup kepada bahagian kepala, leher, bahu dan belakang untuk menyejukkan badan ada sekaligus.

Syarikat tersebut juga mengesyorkan anda akan berasa lebih sejuk apabila berada di dalamnya selama 5 minit. Jika anda duduk selama 10 minit, ia akan membantu mengurangkan simptom kepenatan akibat haba kerana penurunan suhu yang pantas. Sangat sesuai untuk pengguna yang bekerja di tempat panas seperti kilang, gudang dan acara di luar.

Booth ini mempunyai tiga jenis aliran angin dan tetapan penyejukan yang akan menutup dengan sendiri selepas 20 minit untuk memastikan tidak terlalu sejuk dan menggunakan hanya separuh elektrik dari penghawa dingin.
Paling penting ia tidak memerlukan pemasangan hanya letak di kawasan dalam atau luar dan mempunyai roda untuk digerakkan.

Do Hiemon Box akan dijual melalui penjual barangan industri dan berharga 1.5 juta Yen (RM37,000 ribu). Jepun kini sedang dilanda gelombang haba yang teruk sehingga suhu yang mencecah 38.5 darjah Celsius.
Video penuh di sini:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via